CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Tempatan] Empat produk kecantikan dikesan beracun.....Biela Beauty Glowing Night Cream, BL Skincare Day Cream 1, BL Skincare Day Cream 2 dan BL Skincare Night Cream

 Close [Copy link]
Post time 4-7-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Empat produk kecantikan dikesan beracun

https://www.utusan.com.my/nasion ... an-dikesan-beracun/

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
4 Julai 2022, 2:29 pm


ANTARA produk kosmetik yang dikesan mempunyai racun berjadual. - FOTO/IHSAN KEMENTERIAN KESIHATAN

PUTRAJAYA: Empat produk kecantikan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia selepas dikesan mengandungi racun berjadual iaitu hydroquinone dan tretinoin.

Empat produk itu adalah tiga mempunyai merkuri iaitu Biela Beauty Glowing Night Cream, BL Skincare Day Cream 2 dan BL Skincare Night Cream manakala satu lagi mempunyai Hydroquinone dan Tretinoin, BL Skincare Day Cream 1.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Katanya, semua notifikasi produk terlibat dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual.

“Pihak NPRA mendapati produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, bagi racun hydroquinone, ia boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya, penggunaan tretinoin pula tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Bagi merkuri, ia dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, sistem saraf, ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

“Malah, ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata, semua penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Katanya, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060188 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list