CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3650|Reply: 34

[Tempatan] 25 Ogos prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis

  [Copy link]
Post time 4-7-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode
25 Ogos prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis

https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... az-cerai-mb-perlis/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
4 Julai 2022, 2:24 pm


Azlan Man

BANGI – Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 25 Ogos depan untuk prosiding pengesahan lafaz cerai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terhadap isterinya, Sova Ali.

Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Nurul Atikah Abd. Rashid yang mewakili Azlan selaku defendan memaklumkan bahawa anak guamnya, tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Selepas dimaklumkan perkara itu, Hakim Syarie, Abdullah Zuhdee berkata, mahkamah tidak dapat mengambil kenyataan lisan sama ada defendan bersetuju atau tidak dengan kenyataan plaintif yang mana mahkamah perlu mendengarnya daripada kedua-dua belah pihak.

Peguam syarie, Muhammad Syafiq Ibrahim yang mewakili Sova selaku plaintif pula berkata, pihaknya sudah cuba membuat serahan saman berkenaan namun tidak berjaya selain gagal menghubungi defendan.

Sejurus selepas prosiding, Muhammad Syafiq ketika ditemui berkata, prosiding yang ditetapkan Ogos depan akan menentukan sama ada berlaku lafaz talak atau tidak iaitu pengesahan lafaz cerai yang difailkan bulan lalu itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sementara itu, Atikah berkata, dia hanya menerima dokumen tersebut melalui pembantu beliau dan maklum berkaitan tarikh kes pada hari ini.

Menurutnya, pihak peguam maklum mengenai perkara itu selepas dilantik sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 1 Julai lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada mahkamah agar prosiding bulan depan, dapat dijalankan secara tertutup kerana bimbang berlaku salah faham masyarakat sehingga boleh menjejaskan reputasi yang mana anak guamnya seorang Menteri Besar.

Namun kata peguam itu, keputusan permohonan itu akan dimaklumkan sebelum perbicaraan bermula. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini die org mna..unik plak nma die sova Ali..isteri kedua kot ea sbb rasanya isteri die nma lain sblum ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab nama unik, terus ai google untuk tengok lawa camna. Takda gambar tak berface mask. Tapi pakai face mask pun nampak macam vavavooommm. Orang mana ini Sova Ali?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembali bujang atau boleh tambah kuota?


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:01 PM | Show all posts
cucuq replied at 4-7-2022 03:39 PM
Bini die org mna..unik plak nma die sova Ali..isteri kedua kot ea sbb rasanya isteri die nma lain sb ...

kt wiki tulis spouse nor aswana omar
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:04 PM | Show all posts
bini nombor berapa ni? mungkin cantik di luar, tetapi di dalam tak berapa cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 04:06 PM | Show all posts
ifanonline replied at 4-7-2022 04:04 PM
bini nombor berapa ni? mungkin cantik di luar, tetapi di dalam tak berapa cantik

bahagian mana tu ipan

huraikan


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:11 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 4-7-2022 04:06 PM
bahagian mana tu ipan

huraikan

wanita ni jgn di tengok fizikalnya shj...wanita2 cantik ni selalunya perangai tak brape elok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 04:16 PM | Show all posts
ifanonline replied at 4-7-2022 04:11 PM
wanita ni jgn di tengok fizikalnya shj...wanita2 cantik ni selalunya perangai tak brape elok...

sbb tu bila dah jdi bini

layan lbih kurang je

jngn diturut kemahuan duniawi dia

biar dia je turutkan kemahuan shahwat kita

asal cukup nafkah sudah la

nafkah makan jngn banyak2

nnti bentan satu badan

nafsu tekak wanita ni lain macam pan

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua ada bini 3 tp org ramai x tahu pun kalau nk cerai baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:23 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 4-7-2022 04:16 PM
sbb tu bila dah jdi bini

layan lbih kurang je

salah tu...nafkah zahir dan batin perlu dipenuhi sang suami...dan isteri wajib taat kpd suami...


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgk tang mana cam lawa jer, macam pakistan hindustan, arab je,.. Muda lagi nampaknya, isteri bernombor la ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 04:42 PM | Show all posts
ifanonline replied at 4-7-2022 04:23 PM
salah tu...nafkah zahir dan batin perlu dipenuhi sang suami...dan isteri wajib taat kpd suami...

...

dipenuhi bagi mencukupi
bukan sampai melebihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal kt Bangi ..kt Perlis tkde mahkamah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm.lawa la orgnye, muda

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Peguam nya ponnn... encem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lawa orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang siam ke bini yg ni? Perlis kan dekat dgn siam
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 06:58 PM | Show all posts
org daerah hulu langat ke sbb tu failkan permohonan di mahkamah BBB
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 4-7-2022 04:01 PM
kt wiki tulis spouse nor aswana omar

Yg bini 1st ni pun dl nak cerai jg
Xtau skrg masih bersama ke x
Yg MB pun jarang npk kat perlis ni, bininya apatah lg
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.834406 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list