CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 692|Reply: 0

Sainz raih kemenangan sulung

[Copy link]
Post time 4-7-2022 12:38 PM | Show all posts |Read mode

SANZ raikan kejayaan di pentas podium. FOTO Reuters

Silverstone: Carlos Sainz meraih kemenangan pertamanya dalam Formula Satu selepas pemandu Ferrari itu mengungguli Grand Prix British bersama jentera Ferrari, hari ini.

Pemandu Sepanyol berusia 27 tahun itu yang bermula dari petak pertama, mengatasi Sergio Perez dari Red Bull untuk melepasi garisan penamat dengan keelbihan 3.7 saat di hadapan 142,000 penonton.

Wira tuan rumah dan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes menduduki tempat ketiga untuk meraih rekod penamat podium ke-13 di halaman sendiri, rekod yang belum pernah diraih oleh mana-mana pemandu.

Dengan tayar baharu di hujung perlumbaan, Hamilton mengatasi seorang lagi pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang menduduki tempat keempat.


Juara dunia dan pendahulu kejuaraan, Max Verstappen menduduki tempat ketujuh untuk Red Bull.

"Saya tak tahu apa yang perlu saya katakan. Ia sangat menakjubkan. Kemenangan pertama saya dalam Formula Satu pada perlumbaan ke-150 saya serta untuk Ferrari di Silverstone! Ia sangat hebat," kata Sainz.

Perez yang bermula dari petak ke-17 juga gembira apabila berkata: "Ia adalah kebangkitan semula yang hebat. Kami tidak pernah berputus asa dan terus berusaha."

Hamilton pula berterima kasih kepada penyokong di Silverstone yang memberi sokongan padu kepadanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-kemenangan-sulung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052945 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list