CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajami

[Lain-Lain] MAT KILAU

  [Copy link]
Post time 22-3-2009 03:01 AM | Show all posts
orang malaysia ni tak reti membuatkan lakonan aksi2 silat nampak menarik di mata penonton. kalau kita tgok filem silat dulu2, walaupun pelakonnya pandai silat, tapi aksi silat yg dipamerkan tetap tak menarik, maybe menarik pada mata pencinta silat, tetapi tidak pada mata orang lain. jauh beza dengan filem kungfu hong kong, diorg pandai buatkan aksi2 tu nampak fascinating, sampaikan aksi yg tak berapa menarik pun nampak menarik di dalam filem.

aku risau kalau2 aksi silat dalam filem ni pun macam tu jugak...

[ Last edited by  rimau_manja at 22-3-2009 03:02 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2009 11:07 AM | Show all posts
awesome poster for a start!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2009 02:52 PM | Show all posts
CAK: Filem epik tinggal sejarah
Cerita ini CAK dengar daripada sumber yang sepatutnya terbabit dalamfilem yang mengangkat nama pahlawan Melayu itu. Katanya, filemberkenaan tidak dapat diteruskan kerana ada individu tidakbertanggungjawab mengharu-birukan kerja pembikinan.

Sudahnya,pelakon yang mahu mencipta nama menerusi projek besar ini terpaksaberputih mata selepas berbulan-bulan berlatih. CAK difahamkan, projekini terus tergendala dan apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan.

Lebih menghampakan, bukan sedikit dana yang digunakan untuk tujuanpromosi dan pra-produksi. Laman sesawang yang sepatutnya mempromosifilem ini juga tidak lagi kelihatan hingga menimbulkan keraguan banyakpihak.

Diharap pihak produksi tampil memberi penjelasanmengenai perkara ini. Sayang sungguh, apatah lagi industri kitakekurangan filem epik yang dapat mengangkat seni perfileman tanah airke mata antarabangsa.

*apakesss???
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 08:48 PM | Show all posts
ngape ta soh  wat production Warkah Terakhir jek wat?

warkah terakhir tuh kan bgs?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 09:26 PM | Show all posts
Apa sudah jadi filem Pahlawan Mat Kilau?

RM10 juta! Itulah jumlah kos penerbitan filem epik, Pahlawan Mat Kilau terbitan Lagenda Studios yang mengejutkan banyak pihak sebelum ini, terutama penggiat industri perfileman tanah air, malah ada yang menyifatkan peruntukan itu sebagai melampau dan tidak masuk akal.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Lagenda Studios, Rodzee A Razak, pada majlis pelancaran filemnya itu pada Februari lalu bersikap optimis, malah menganggap projek itu bukan sekadar `omong kosong
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 09:27 PM | Show all posts
apsal tak jadik ni?baru excited tgk poster tu

yg lagi dua pilem tu jgn la tak jadi jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2010 11:16 PM | Show all posts
mana cerita ini...? tak datang datang lagi...?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 01:14 PM | Show all posts
nk tgk filem org melayu lame2 mcm citer ip man tu.. besssstttttttttttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 12:38 PM | Show all posts
ok sis up balik thread ni walaupun dah berbelas tahun yg dulu lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 01:17 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 26-6-2022 01:20 PM

sis dah tengok citer ni, bersama hanak ikan sis. tapi awal-awal tu memang sis haramkan die datang tgk wayang nak pakai tanjak dan baju kelab silat dia. u jangan nak malukan i kay

1.  citer ni awal-awal lagi dah ade adegan tembak-tembak bunuh orang kampung.  terkejut jugakla hakak. tapi first scene pun dah macam tu so ia memang set up tone movie ni, which is serious dan berkobar-kobar gitu

2.  hakak takmo komen sangat bab ketepatan dari segi sejarah tu, tapi hakak tertarik dgn satu komen ni. org malaysia dok kene sogok ngan kekejaman jepun dan komunis, padahal dulu2 org british dtg malaysia lagi teruk diorg buat kt native.  zaman jepun komunis tu dulu ada gak telefon dan radio, tapi zaman british tu mmg tau-tau je orang kampung kena terjah ngan tentera british terus claim tu tempat tu dah jadi diorg.  sbb tu namanya PENJAJAHAN

3.  ye betul movie ni movie propaganda untuk naikkan api kebangkitan melayu. banyak dialog-dialog dalam movie ni memang menusuk kalbu especially bab org melayu sendiri yang benarkan penjajah masuk ke bumi melayu

4.  selain adiputra yg bawak watak mat kilau, rasanya kite pun tau kan ada watak wahid yang dibawak oleh Beto, Awang yang dibawak oleh Fattah Amin dan watak Brahim yang dibawak oleh sape ntah.  Wahid ni dlm interpretasi akulah, menggambarkan watak orang Melayu yang dia tak salah tak watpe pun tetiba dia yang terima consequencesnye, watak Awang tu plak jenis dengki kepala batu yang rasa dia lebih layak dari Kilau ujung-ujung orang lain plak dapat kesan akibat perbuatan die, watak Brahim dan Yassin yang dibawak oleh Johan Asaari pulak watak melayu yang cam lalang kejap ikut Kilau kejap ikut Awang.  tapi apepun kesemua watak ni walaupun berbeza tapi memberi maksud, melayu kalau berpecah jadi macam nilah

5.  Bab lakonan, Beto memang takleh dipertikaikan lagilah.  bagi aku Beto takyah bawak watak Kilau pun takpe, sebab watak Kilau ni aku nampak macam lurus, arc dia nak tentang penjajah dan dia sentiasa dapat sokongan dari Tok Gajah, pembesar dan anak bini dia.  Berbanding watak Wahid, bini tak kasik pulak lawan penjajah jadi dari situ dah perlukan banyak permainan emosi.  Watak Wahid ni yang buat penonton simpati dengan perjuangan Kilau sebab spoiler sila highlight kalau nak baca dia, bini dia dan anak dalam perut dia mati dibunuh penjajah

6.  Bab Fattah as Awang, aku rasa ramai yang mungkin sblm ni tak percaya wei bleh ke dia bawak watak pendekar die ni kan kayu, so anticipation ke atas dia memang tinggi, sekali tu like wow he really nailed it.  Hanak ikan akak pun kagum gak ngan heols.  dia dibenci dlm filem tu sebab watak tu memang sepatutnya dibenci, bukannya dibenci sebab dia kayu.  senang citer camtulah

7.citer ni memang ko tak sempat nak tertidur, sebab citernye agak laju. tapi komen hakak citer ni terlalu serius jadi die mcm tegang sikit. momentum dia up up dan up la, takde comic relief.  kecuali ada satu part tu close up johan asaari nangis tapi macam kelakar je mimik muka dia, hakak rasa cam nak gelak tapi scene tu scene sedih, tak proper plak rasanya

8.  bab tak logik memang banyak, antaranya macam ko panah meriam pastu meletup kuat gila. dari segi hukum fizik memang idakla.  memang adegan letup-letup dalam movie ni memang meletop berapi-api.  pastu tentera-tentera British tu dari orang Sikh tapi cakap Hindustan, bkn ke sikh ni pakai bahasa punjabi

9.  also the depiction of British ni pakai tentera Sikh or Gurkha, hakak macam kurang selesa skitla.  ye memang takdenye orang putih nak jadi foot soldiers tapi dlm citer ni digambarkan tentera Sikh upahan British ni pun sama kejam gak macam tuannya.  IDK tapi ikut sejarah diorg ni macam dipaksa gak utk jadi tentera upahan, Sikh is naturally peaceful tak berapa nak buat hal

10.  The final fight, hokkay first of all, hakak bukanlah tok guru, tapi hakak rasa ada beberapa aksi oleh Adiputra as Kilau yang masa berlawan ngan Toga tu macam tadah badan mintak disepak pun ade.  ye btul tu suma koreografi tapi ada beberapa lawan silat dalam movie tu dan bleh dikatakan memang aksi diorg sangat cantik menarik kau memang da bomb dan nampak natural, so part tu memang hakak dpt tangkap.  also kesinambungan dia tak brape smooth, macam Kilau tengah lawan ngan Toga tetiba entah dari mana babak seterusnya Toga lawan Wahid plak. cam eh bile masa plak Wahid ni sampai?

11.  style silat diorang pun ada perbezaan, style Kilau nampak kemas tapi padu, preppy la, style Fattah Amin tangkas dan banyak aksi akrobatik maybe sebab watak dia anak muda darah panas, style Beto plak ganas berdarah-darah coz he got nothing to lose kekdahnye

12.  by the way walaupun citer ni hakak leh kategorikan citer ni agak ganas tapi masa scene (sila highlight)  isteri Wahid yang tengah sarat dibunuh oleh tentera Sikh di hadapan mata Wahid tapi Wahid terpaksa berdiam diri, part ni memang hakak terkejut giler, pandang sebelah tengok eh hanak ikan akak tengah lap air mata

overall citer ni akak bleh kasik 8.5/10.  bleh dikatakan antara filem terbaik tahun ni dalam list hakak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna dark mode tak payah nak highlight-highlight
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 26-6-2022 04:57 PM
Guna dark mode tak payah nak highlight-highlight{:mllaugh: ...

Uols nih crush ngan kaka kah ? Taknak reply post kaka tapi tulis post tuju kat kaka. Sorry chuols kuota hanak ekan dah penuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 02:40 PM | Show all posts
asalnye mula2 tgk muka fattah amin awal scene tu memang nak tergelak.
muka dia kalau serius jd kelakar.
lelama baru boleh terima dia berlakon quite outstanding, cuma watak n jalan cerita dia agak gelojoh.

sama dengan khir rahman.
masa dia kata, bawak pisang sikit je kot
aku dengan adik aku terkekek ketawa.
tak boleh blah la muka dia.

overal 7/10
-1 sebab watak lain lagi menyerlah. awang, wahid and toga dari mat kilau sendiri. tapi setuju adi putra jadi mat kilau. he's very calm.
-1 camera bergegar. aku pening tgk.
-1 cinematography tak berapa cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 27-6-2022 02:40 PM
asalnye mula2 tgk muka fattah amin awal scene tu memang nak tergelak.
muka dia kalau serius jd kela ...

Khir rahman iols perasan ada 2 scene mcm kelakar skit
Satu tu die terlepas cakap 'korang'. Zaman dulu mana ada perkataan korang nih hahahah. Lagi satu yg tetiba dia masuk dlm pondok pastu cakap nak join jugak perjuangan kilau. Part tu mmg macam kelakar sebab tetiba dia muncul
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 11:12 PM | Show all posts
Ini review aku tgk tadi..

Yang best dulu..
Good job bringing Mubarak Majid ngan Ellie Suriati pada opening kat situ aku dah rasa sebak..
Wan Hanafi Su as Tok Gajah pun good job..

Main character superb dan betul terkujat jugak la tgk Fatah Amin.. dia ni klu berlakon problem bab ekspresi muka sebab nampak kayu.. kali ni mantap..

Adi Putra, Beto memang watak tu direka utk diorang paling aku tak tahan sebaris line aku teresak bila bini dia kene bunuh scene tu memang giler menusuk.. watak johan Ashaari kenapa aku rasa sedikit over..

yg kureng pada aku time ending.. cam rasa rushing.. abis gitu jer..
pastu sound dia yang terlampau kuat aku tak tau panggung punya setting atau apa tapi memang kuat giler surround sound dia aku tgk JP Dominion pun tak macam tu punya kuat

All in all 9/10
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 26-6-2022 01:17 PM
sis dah tengok citer ni, bersama hanak ikan sis. tapi awal-awal tu memang sis haramkan die datang tg ...

Best baca reviu akak. Kat sini xde pawagam xleh nk tgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 12:34 PM | Show all posts
dah tgk hari selasa dgn bapak gula...eh aku nangis je dari awal smpi habis..sakit kepala aku..bengong betul...laki aku yg kureng dgn filem melayu..bg 9/10 sebab originality tu ada...aku mls la nak bg rating...korg pegi je tgk sndr...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:21 AM | Show all posts
Edited by Delilia at 2-7-2022 07:15 PM

first of all, tahniah buat pengarah filem Syamsul Yusof dan semua para pelakon filem Mat Kilau..mmg best giler filem Mat Kilau nie..nasihat saya kalo pestime pegi tgk movie nie, sila bawak tisu atau tuala yer sbb mmg sedih giler movie nie..mula2 cerita start jer dah mengalir dah airmata nie..tu belum tgk sampai movie nie habis..huhuu

Adi Putra sbg Mat Kilau mmg terbaik..ada aura sbg hero dan sgt tenang dalam membawakan watak sbg Mat Kilau..tak dpt bayangkan kalo watak Mat Kilau dibawa oleh pelakon yg lain..huhuu

Fattah amin sbg Awang pun sama..mmg best lakonan dia, scene fighting dan memanah mmg awesome dan yg paling penting dia yg paling hensem skali..huhuu

Beto Kusyairi sbg Wahid pun sama..saya suka sgt sbb mmg minat dgn lakonan Beto dari dulu lagi..dan Beto la yg membuatkan saya teruja nak tgk movie Mat Kilau nie..

Yayan Ruhian sbg Toga mmg best giler..anak buah saya sampai request nak tgk lagi sbb dia mmg minat giler dgn yayan..dan saya pun terpegun bila tgk Yayan nie..nampak macho..

Geoff Andre Feyaerts sbg Kapten Syers pun sama gak..saya suka dan terpegun sbb beliau berjaya membawa watak penjajah Inggeris yg jahat, kejam dan zalim..

Pendek kata semua para pelakon untuk filem Mat Kilau mmg terbaik dan sgt best lakonan anda semua..tahniah..

Utk filem Mat Kilau nie saya rate 10/10..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 26-6-2022 12:38 PM
ok sis up balik thread ni walaupun dah berbelas tahun yg dulu lol

Mat kilau 2022 ni yg sama launch masa 2009 dulu tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Review

Mat Kilau ~ 5/10

Commercially scripted as a storry teller to remind once we have Mat Kilau . Read the disclaimer , its fictional and not a real story .. the story line recreated as per what they imagine happened on that year .. fight scene more to MMA instead of silat ..

Btw aku pening sikit tgk citer mat kilau ni
Camera gegar2 laaa
Pastu cam half way through punya ngantuk skrip skala nguapan 10


Yg paling x tahan
A Galak bukak mulut je terus macam style polis gerak khas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.508781 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list