CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

Red Bull resah prestasi hebat Ferrari

[Copy link]
Post time 3-7-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

SAINZ berjaya merekodkan masa terpantas pada sesi latihan bebas sekali gus menimbulkan kebimbangan di kem Red Bull. – AFP


LONDON – Pelumba pasukan Red Bull, Sergio Perez mengakui agak terkejut melihat prestasi memukau yang dipamerkan oleh jentera Ferrari pada sesi latihan bebas (FP) menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone malam ini.

Pada sesi FP1 dan FP2 yang berlangsung kelmarin, Perez bersama rakan sepasukannya, Max Verstappen dilihat agak bergelut untuk menyaingi kepantasan yang dipamerkan oleh jentera Ferrari yang mendominasi sai­ngan menerusi pelumba mereka, Carlos Sainz.

Kata Perez, masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan oleh jurutera dan pegawai pasukan bagi memastikan cabaran lebih sengit dapat diberikan menjelang perlumbaan sebenar kepada pesaing nanti.

“Ini bukanlah hari yang menggembirakan buat kami semua kerana persiapan untuk mengharungi GP Britain kali ini agak terjejas bermula daripada simulasi jentera sehinggalah percubaan FP, segalanya bagaikan tidak menjadi.

“Justeru, saya lihat di atas litar, kami masih ketinggalan jauh dengan pasukan-pasukan pencabar terutama Ferrari. Namun, sekarang bukanlah masa untuk mengibarkan bendera putih dan saya pasti jurutera pasukan be­kerja keras memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.

Sementara itu, Verstappen yang merupakan pendahulu kejuaraan dunia kategori pelumba mengambil pendekatan lebih tenang dan tidak menekan butang panik kerana apa yang pen­ting adalah prestasi pada hari perlumbaan nanti.

“Kita tidak perlu risau dengan situasi pada hari ujian bebas ke­rana itulah yang Ferrari lakukan sepanjang musim ini yang mana mereka begitu pantas. Namun, situasi sering berbeza pada hari perlumbaan dan kami positif akan tampil berbeza nanti,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... tasi-hebat-ferrari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047901 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list