CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 0

Verstappen teruskan khabar ceria buat Red Bull

[Copy link]
Post time 3-7-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDU Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen ketika latihan bebas ketiga menjelang GP British. FOTO AFP

Silverstone: Max Verstappen bangkit semula untuk mencatat masa terpantas mengatasi rakan sepasukan di Red Bull, Sergio Perez pada sesi latihan bebas terakhir, hari ini, menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix (GP) British, esok.

Verstappen yang juga juara dunia dan pendahulu kejuaraan musim ini mencatatkan masa sepusingan terpantas satu minit 27.901 saat untuk memintas Perez di depan penyokong sendiri di Milton Keynes dan pasukan itu dilihat semakin hampir merangkul kejuaraan ketujuh berturut-turut.

Pelumba Belanda berusia 24 tahun itu dilihat tersusun dan yakin di 18 pusingan untuk meneruskan penguasaan dua pemandu Red Bulls di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc serta dua pemandu Mercedes.

Leclerc hampir dengan Perez dan di depan Russell serta revived Lewis Hamilton pada ketika juara dunia tujuh kali semakin meningkat di depan sepasukan penyokongnya dengan mencatatkan beberapa pusingan pantas.


Carlos Sainz yang masih memburu kemenangan pertama untuk Ferrari, menolak Lando Norris dari McLaren di tempat keenam, diikuti Valtteri Bottas dari Alfa Romeo dan Mick Schumacher bagi pasukan Haas.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso menduduki tempat ke-10 untuk Alpine pada sesi percubaan yang bebas kemalangan.

Selepas sesi ujian mengecewakan pada ketika jenteranya belum dipersiapkan dalam keadaan terbaik, semalam, kru Verstappen membuat perubahan dalam tempoh satu malam untuk meningkatkan prestasi dan ia berhasil.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ceria-buat-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list