CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2080|Reply: 18

[Politik] Semangat saya macam Mat Kilau, tetap bertanding PRU — Azwan Ali

  [Copy link]
Post time 2-7-2022 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 2-7-2022 09:00 PM

PADA Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang lalu, pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, yang bertanding sebagai calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, kalah dengan hanya mengutip 90 undi sahaja.

Namun, Azwan atau lebih dikenali dengan nama Diva AA itu tetap tidak mahu mengalah dan mengakui akan meneruskan perjuangannya untuk menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali.


Namun, Azwan atau lebih dikenali dengan nama Diva AA itu tetap tidak mahu mengalah dan mengakui akan meneruskan perjuangannya untuk menentang abangnya sendiri, Datuk Seri Azmin Ali.

Semangat saya tak pernah pudar. Macam semangat Mat Kilau. Itulah Diva AA. Walaupun sebelum ini hanya memperoleh 90 undi, mungkin lepas ini akan jadi 91 undi. Why not.

Azwan Ali hanya memperoleh 90 undi ketika bertanding dalam PRU-14 pada 2018. — Bernama

"Ini bukan pasal jumlah undi, tetapi lebih kepada kelantangan saya untuk menjadi calon. Saya guna duit kederat sendiri dan saya tahu, saya ada penyokong," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya, dia juga bertanding untuk menentang Azmin Ali dan menegaskan bahawa darah daging bukanlah penawar untuknya.
J
Jelasnya, walaupun Azmin merupakan abangnya, dia tetap akan menentang kerana mahukan pemimpin yang bermaruah.

"Ciri-ciri pemimpin yang bermaruah tiada dalam diri Azmin. Sebelum ini rakyat menyanjung dia tetapi kini tidak lagi. Saya pernah cop dia 'bodoh' sebelum ini dan harap rakyat dapat buka mata berkaitan kepimpinannya.
  

"Saya sebenarnya tak pernah menentang hal peribadi dia. Saya cuma serang kepimpinan dia. PRU sebelum ini dia tak datang ke pusat penamaan calon dan untuk PRU kali ini saya mahu bertentang dengan dia," katanya yang juga sudah bersedia untuk kalah.

Azwan Ali akan tetap menentang abangnya, Azmin Ali dalam PRU-15 akan datang.

Saya bukan sekaya yang disangka


Sesiapa yang mengikut akaun media sosial Azwan pasti selalu mendengar ayat 'duit berkepuk-kepuk' yang diucap selebriti itu dalam videonya.

Namun, Azwan mengakui yang ayat 'duit berkepuk-kepuk' itu hanyalah kiasan kerana dia tidaklah sekaya yang disangka.

"Memang banyak saya terima mesej daripada pengikut media sosial yang meminta bantuan. Rakyat semakin susah dan saya sangat tersentuh dengan perkara itu.

"Cuma saya bukanlah sekaya yang disangka. Saya belum sekaya mana-mana jutawan. Cuma Alhamdulillah rezeki itu sentiasa ada," katanya.

Disebabkan itu juga menurut Azwan, dia memilih untuk bertanding habis-habisan pada PRU akan datang dengan niat untuk membantu.

Azwan Ali memasak rendang sebagai cara untuk mendekati pengundi pada PRU-14 yang lalu. — Facebook

Ambil rendang tapi tak mahu undi

Mengintai semula detik ketika PRU-14 yang lalu, Azwan sempat bercerita saat dirinya seperti ditampar oleh seorang pengundi.

Menurutnya, ramai yang tahu pendekatan yang diambilnya untuk bertemu rakyat iaitu menerusi pemberian rendang yang dimasaknya sendiri.

"Ketika itu ramai yang beratur. Ada seorang ini datang ambil rendang dan beritahu yang dia tidak akan mengundi Azwan, sebaliknya mengundi Azmin Ali. Perkara itu diberitahunya sendiri depan muka saya.

"Tapi dalam masa yang sama dia kata mahu rasa rendang saya. Saya tak maki dia, tapi saya redha dan telan. Memang berat untuk saya sebab dia cakap depan-depan.

"Tapi saya percaya ada hikmah dan dia mesti menyesal dengan keputusannya itu," katanya yang memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
— Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 2-7-2022 10:02 PM

oopps

edit

tersalah komen

baca tajuk je... tersalah baca azmin plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 2-7-2022 09:58 PM
oopps

edit

Sadis ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Blah lah lu pondan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
In a way.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:22 AM | Show all posts
Bergambo dengan PM camtu gaya..



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-7-2022 10:33 AM | Show all posts
ezacbee replied at 3-7-2022 10:22 AM
Bergambo dengan PM camtu gaya..

sambil disaksikan VVIP lain di meja yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendang tuh terpercik segala air liur dan peluh kepam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin jugak tgok dia dlm parlimen. Mesti kelako
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:57 PM | Show all posts
siapa dia ni? tak kenal pun....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bla bla bla boleh blah..bkn Sama Naik je perangai sempudal ko n abg ko..Sama2 ala kebengongan pun Ada..yg pelik, Ada juga penyokong... uwekkkss... harkkkktuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu mulia syurga..
Katanya utk yg menyokong hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat Kilau tu warrior, bukan bapuk ada boobies mulut bersepai maki orang la bingai. Ko nak cuci duit ke hapa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:20 PM | Show all posts
kecoh2 macam sajat..sapa tah nak tau kisah kau
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:43 PM | Show all posts
Orix replied at 3-7-2022 12:51 PM
Teringin jugak tgok dia dlm parlimen. Mesti kelako



Eeeee jgn ko.  Silap hb, habis MP dimaki, dicarutnya. Maklum, alah bisa tegal biasa.
Semangat je mcm Mat Kilau, (ye ke?) ttpi drp sudut mane? Walhal penampilan dn cakapan sesuai dipanggil Mat Silau.
Silau ummah nengok pakaiannya, orang jantan pakai baju orang tino. Bahasa cakapan pula, jauh menjunjung adat budaya, butiran kata berdesing telinga mendengarnya. Mat Kilau pun akan geleng kepala.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 3-7-2022 04:43 PM
Eeeee jgn ko.  Silap hb, habis MP dimaki, dicarutnya. Maklum, alah bisa tegal biasa.
Semangat j ...

Tapi mengenang kan level level mp Sedia ada , ok jugak kalau diva aa join the sarkas, the more the merrier gitu , kita rakyat ada sumber hiburan hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 2-7-2022 10:14 PM
Sadis ....



akibat terlebih kafein.. tak menyempat nak mengomen
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 03:33 AM | Show all posts
ada sesi masak2 rendang tak? kalau ada jom la kita pakat2 pergi undi berjemaah demi sebungkus rendang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2022 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-7-2022 03:33 AM
ada sesi masak2 rendang tak? kalau ada jom la kita pakat2 pergi undi berjemaah demi sebungkus rendan ...

Haruslah kaka duda. Kalo ikut gebang Divah AA, kali ni ni dia mungkin bertanding atas tiket pejuang. X de dh lps ni gerak solo syok sendiri mcm sblm ni atas lori. Byk lah nanti bajet dia nk masak rendang 100 kawah. Moga2 Dibah AA menang konpem Altimet, Hans Isaac dan Afdlin Shauki ketap bibir je tgk dibah AA lg advance


5e dice roller
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.093391 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list