CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1716|Reply: 10

[Tempatan] Resepsi perkahwinan Ras Adiba, suami meriah

  [Copy link]
Post time 2-7-2022 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 2-7-2022 06:49 PM


Ras Adiba Radzi (dua, kanan) dan suaminya Mohamed Azam Ali (dua, kiri) beramah mesra dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun semasa majlis persandingan pasangan suami isteri itu di sebuah hotel, hari ini. - Gambar BERNAMA

PORT DICKSON: Resepsi perkahwinan Datuk Ras Adiba Radzi dan suaminya, Mohamed Azam Ali berlangsung dalam suasana penuh meriah di Hotel Regency Resort di sini pada Sabtu.
Berkonsepkan serba putih, majlis itu diadakan di luar pekarangan hotel berhampiran pantai dengan dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat.
Bekas personaliti penyiaran berusia 54 tahun itu telah bernikah dengan Mohamed Azam, yang juga ahli perniagaan, pada 2 Jun lepas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Ras Adiba merupakan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Presiden Persatuan OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuang hak Orang Kurang Upaya (OKU).
"Alhamdullilah, kami dapat bersama dan disatukan, kali ini majlis dapat diadakan dengan kehadiran keluarga dan sahabat serta rakan media, saya juga bersyukur majlis dapat diadakan di kampung ayah saya di Negeri Sembilan.

"Lebih menarik adalah ramai kakitangan Bernama yang masih berkhidmat dan bersara hadir menyerikan majlis, mereka datang memberikan sokongan kepada saya dan suami, saya sangat berbesar hati, inilah silaturahim yang mesti diteruskan,” katanya kepada pemberita.


Mohamed Azam, 60, juga menzahirkan rasa syukur apabila majlis resepsi berlangsung dengan meriah dan berdoa agar pernikahan itu kekal selama-lamanya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters serta petugas Bernama.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Mokhtar Hussain, bekas Ketua Pengarang Bernama, Khairdzir Md Yunus dan bekas Timbalan Ketua Pengarang, Ahmad Fuad Yahya.
Bekas personaliti penyiaran seperti Zakiah Anas turut hadir dan majlis dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Datuk M. Nasir serta Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus. - BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 06:54 PM | Show all posts
dia ni OKU eksiden..

tapi tengok dia lebih2 mengalahkan OKU dari lahir..

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:20 PM | Show all posts
gambr kedua putih pipi merah lakinya
lain2 picture kelam kulit
kuasa filter
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MP Port Dickson takde dlm cerita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
@Acikgomen pergi tak?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2022 11:53 PM | Show all posts
Dah berapa kali kawen cerai mok cik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gigihnya nak bersanding lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 12:38 AM | Show all posts
Selamat pengantin baru Ras dan suami
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmn helper machine tu bantu die berdiri ek

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:23 AM | Show all posts
Dah boleh diri ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.069032 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list