CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 7

[Politik] PRU15: Dasar UMNO, BN jelas sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri - Mohamad Hasan

  [Copy link]
Post time 2-7-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode

UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar BERNAMA

PENAMPANG: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Justeru, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN.
Beliau juga menegaskan, tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.


"Kita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon 'poster boy' (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.
"Tetapi cakap-cakap satu, dua orang itu tidak boleh dijadikan sebagai dasar parti ya, dasar parti jelas memperakukan 'poster boy' kita adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ucapan Ismail Sabri pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah malam tadi yang menekankan perpaduan dalam parti selain mengingatkan bahawa beliau Perdana Menteri daripada BN justeru tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan BN.
Mohamad berkata, apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU15.
"Lagipun kita memang menjadikan kestabilan itu sebagai kita (BN) punya tagline iaitu kestabilan demi kemakmuran," katanya. - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je cara nak buktikan keikhlasan UMNO terhadap Mail Sabri.... Iaitu naikkan Mail jadi Presiden UMNO. Sesuailah jawatan PM pair dgn jawatan Presiden parti.

Tu kalau betul-betul ikhlas la
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
poster boy xbermakna apa2 cth mcm PRN johor.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 04:57 PM | Show all posts
hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiidup UMNO!!!!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh caye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:38 PM | Show all posts
awat you tak nak jadi PM, Tok Mat ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke ketenangan. Sekali dah menang, tiba2 muncul kem ni, kem tu nk claim sape yg patut jadi PM. Secara tradisi nye, bukan ke presiden yg naik?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari-hari terakhir seekor Ismail Sabri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.142101 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list