CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

Demi peminat, Hamilton berjanji akan terus berusaha

[Copy link]
Post time 2-7-2022 01:03 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON akan terus buru kemenangan. -FOTO Reuters

Silverstone, United Kingdom: Lewis Hamilton mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan berjanji akan terus berusaha untuk menamatkan rentetan 10 perlumbaan tanpa kemenangan selepas menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Carlos Sainz pada sesi latihan yang basah dan berangin di Grand Prix British.

Juara dunia tujuh kali itu tersenyum puas selepas menempuh minggu yang penuh cabaran dan ujian di mana dia menangkis komen pedas apabila mencatatkan

0.163 saat di belakang pelumba Ferrari Sainz dan gembira apabila usahanya bersama Mercedes berada di landasan terbaik.

"Ia adalah hari yang baik," katanya.

"Kami masih berdepan dengan beberapa masalah lantunan tapi ia cukup bagus apabila ada peningkatan. Ia bukan di jalan lurus di sini tapi di selekoh.

"Ia tidak begitu teruk di dalam kereta. Ia adalah satu langkah kecil ke hadapan supaya kami terus bekerja. Dengan beberapa lagi perkara yang perlu dilakukan, ia tidak sama tapi masih menyeronokkan untuk memandu melalui Maggotts dan Becketts dan hebat di Stowe.

"Litar ini masih epik!"

Pemenang rekod lapan Grand Prix British dan rekod 103 keseluruhan, Hamilton masih belum meraih sebarang kemenangan sejak Grand Prix Arab Saudi Disember lalu dan selepas 10 perlumbaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... akan-terus-berusaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.052600 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list