CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1300|Reply: 3

[Jenayah] Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren

  [Copy link]
Post time 2-7-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Dakwaan gangguan seksual seperti tular di media sosial pada Khamis. -Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Rapid KL mengesahkan menerima laporan daripada seorang penumpang wanita yang mendakwa dihimpit rapat oleh seorang lelaki ketika berada di dalam tren Aliran Transit Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya seperti tular di Twitter pada Khamis.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.
Menurut kenyataan itu, wanita tersebut mendakwa kurang selesa dengan tindakan seorang lelaki yang berdiri rapat di belakangnya.


"Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai oleh pengadu pada Jumaat.
"Pasukan Tindakan Khas (SAT), Polis Bantuan Prasarana sedang giat meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesahkan dakwaan tersebut," kata Rapid KL menerusi kenyataan pada Jumaat.
Rapid KL berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan polis berhubung kejadian itu.

Pada masa sama, Rapid KL menyeru kepada pengguna rel dan bas yang berhadapan dengan sebarang situasi cemas atau kurang menyenangkan agar terus menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-78852585.
Pada Khamis, pemilik akaun Twitter dengan nama @Fyza_anuar berkongsi situasi menimpa rakannya yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu menaiki kemudahan tren LRT Laluan Kelana Jaya.

Menerusi ciapan itu, pelaku dikatakan berusia lingkungan 30-an hingga 40-an dengan bentuk fizikal tinggi serta berbadan gempal.
"Dia (pelaku) masuk dari LRT Pasar Seni dan berdiri dekat dengan kawan saya, kawan saya terasa macam ada benda dekat dengan dia, ingatkan barang tapi bila lama-lama dia tak selesa.
"Dia rasa takut dan pusing ternampak seluar lelaki itu sudah basah.

"Kawan saya datang dekat saya menggigil dan menangis. Saya perasan juga seluar dia (pelaku) basah dan sempat tengok muka dia.
"Lepas tren berhenti dia terus keluar. Saya terdiam dan takut sebab muka dia menakutkan dan tak sempat berbuat apa-apa," menurut ciapan dikongsikan pada Khamis.
Menerusi perkongsian sama, wanita tersebut memberitahu telah membuat laporan kepada pihak LRT selain menasihatkan pengguna yang menggunakan kemudahan sama untuk berhati-hati. -Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 11:23 AM | Show all posts
kang ada la mana2 menteri jadikan ini salah satu alasan suruh naik basikal
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 12:54 PM | Show all posts
bangsa etis



Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku kat situ.. Siaplah lelaki tu... Menjerit2x aku kat situu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058160 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list