CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 0

Bottas terpantas sesi latihan di Silverstone

[Copy link]
Post time 2-7-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Pemandu F1 Finland, Valtteri Bottas dari Alfa Romeo Racing ketika sesi latihan Grand Prix Great Britain di Litar Silverstone. -EPA

SILVERSTONE, United Kingdom: Valtteri Bottas mencatat masa terpantas buat Alfa Romeo di depan hero tuan rumah, Lewis Hamilton dari Mercedes pada sesi latihan pembukaan Grand Prix British hari ini.

Pemandu Finland itu yang juga rakan sepasukan Hamilton di Mercedes sebelum menukar pasukan tahun ini, mencatat masa sepusingan terpantas satu minit 42.249 saat.

Juara dunia tujuh kali, Hamilton setengah saat di belakang Bottas, namun di depan Carlos Sainz dan rakan sepasukannya di Ferrari, Charles Leclerc serta Mick Schumacher dari Haas.

Tidak banyak aksi dipamerkan serta beberapa kemalangan yang diakhiri dengan bendera merah apabila Lance Stroll terbabas di Copse bersama jentera Aston Martin miliknya.


Bottas mencatat masa terpantas bersama tayar separuh kering pada penghujung saingan selepas hujan menghalang banyak pasukan dengan sembilan daripadanya tiba di Silverstone bersama jentera mengalami banyak perubahan besar.

Hanya Alpha Tauri tampil dengan jentera tidak berubah.

Pada hari yang sejuk serta litar basah di bekas pangkalan tentera udara di tengah England itu, jentera Mercedes yang banyak berubah, keluar terlebih dahulu dan kejar mengejar sesama sendiri di laluan lurus Wellington yang menggembirakan penyokong besar mereka.

Hujan semakin lebat apabila Ferrari menyertai aksi berkenaan ketika hanya sebahagian daripada litar basah manakal yang lain kering. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ihan-di-silverstone
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079882 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list