CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 4

Punya Sentuhan Emas, Yayan Ruhian Memang Teringin Nak Bekerjasama Dengan Syamsul Yusof

  [Copy link]
Post time 1-7-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode


Aktor yang mahir dengan seni bela diri, Yayan Ruhian, 54, menyifatkan pengarah, Syamsul Yusof memiliki sentuhan emas dan bakat luar biasa.



Turut menempa nama di Hollywood, Yayan yang memegang watak sebagai Toga dalam naskhah epik Mat Kilau itu mendedahkan keinginannya untuk bekerjasama dengan Syamsul yang namanya sudah pun dikenali di Indonesia.



  



"Saya teruja apabila menerima tawaran itu. Lebih lagi apabila mengetahui filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu diarahkan oleh pengarah terbaik seperti Syamsul.



"Sebagai pengarah muda, Syamsul memiliki wawasan dan kreativiti. Proses penggambaran berlangsung dengan santai dan kami sentiasa berbincang di lokasi penggambaran," katanya kepada Berita Harian.



  



Walaupun kerap diberikan watak antagonis, Yayan bagaimanapun sentiasa menyahut cabaran dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komited.



  



"Saya tidak suka menoleh ke belakang. Hanya kerana pernah membawakan watak hampir sama, kenapa pula saya harus menolak tawaran baru. Bagi saya, pengarah pastinya mempunyai alasan kenapa memilih saya.


"Setiap watak diberikan walaupun mungkin pernah dijayakan tetapi mempunyai karakter berbeza yang perlu dipersembahkan mengikut cara tersendiri," katanya yang pernah beraksi dengan aktor Hollywood, Keanu Reeves menerusi John Wick: Chapter 3. -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 03:28 PM | Show all posts
tak dapat tengok lagi sebab sold out sana sini, tapi nak tanya memang tanjak sekarang panjang gitu kah? tengok mat kilau yang original pun tak pakai yang panjang gitu... kena minimalkan saiz tanjak tu baru tak nampak pelik dengan baju yang casual...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by missyL at 2-7-2022 12:33 AM

Die ni yg berlakon john wick kan
John wick sggup tgu die abes shooting cite MK nie sbb nk jgk die

Lek2 je masok Hollywood
Yg lain bising2 extra pn x hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 09:41 PM | Show all posts
missyL replied at 2-7-2022 12:32 AM
Die ni yg berlakon john wick kan
John wick sggup tgu die abes shooting cite MK nie sbb nk jgk die

takde rezeki laaaaaa!!!!!

rezeki ketentuan Allah!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 3-7-2022 09:41 PM
takde rezeki laaaaaa!!!!!

rezeki ketentuan Allah!!!!!

Aikkk

Hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.708014 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list