CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4564|Reply: 61

Badan Tinggal Tulang Dan Kulit Semata- Punca Tak Nak Salam Je, Kak Melah Disihir Abang Leman

  [Copy link]
Post time 30-6-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara menolak jabat tangan yang dihulurkan, lebih 11 tahun Kak Melah menderita akibat disihir seorang pemilik sebuah kedai makan di Langkawi, Kedah.


Mengimbas kembali peristiwa yang meragut usia muda wanita terbabit, Awang mengakui dia sama sekali tidak menyangka kakak sepupunya itu akan diduga hingga keadaan fizikalnya tak ubah seperti 'mayat bernyawa'.


Iyalah, baginya Kak Melah bukanlah gadis jelita bak bidadari yang sentiasa menjadi idaman para lelaki tetapi hanya seorang wanita yang kecil molek dan berkulit kuning langsat.


Namun dia tidak menafikan bahawa sepupunya itu seorang yang manis rupawan dan berperwatakan menarik serta ramah.




Gambar Hiasan




“Mungkin disebabkan keramahannya itu ia membuatkan lelaki tertarik serta selesa berdampingan dengannya.


“Kak Melah juga seorang yang ceria dan periang. Tak pernah nampak dia bermasam muka atau marah... jadi tak hairan apabila dia sangat disenangi rakan-rakan termasuk tauke kedai makan yang didakwa menyihirnya,” ujar Awang memulakan bicara.


Menurutnya, Kak Melah sering ke kedai makan tersebut kerana berada dekat dengan tempat kerja tambahan pula setiap menu yang dihidangkan tersangatlah sedap dan menepati selera walaupun kedai itu baru beberapa bulan memulakan operasi.


“Boleh dikatakan setiap hari dia akan makan di kedai Abang Leman sehingga akhirnya mereka bertegur-sapa. Kalau tak sempat, dia akan minta tolong rakan untuk membungkus makanan di situ. Harganya pun murah.


“Apa yang saya tahu, selepas beberapa kali kedua-dua mereka berborak kosong, tiba-tiba suatu hari Abang Leman menghulur tangan untuk berjabat dengan Kak Melah.


“Pada masa tu wajah Kak Melah terus berubah dan kelihatan pucat. Mungkin dia terkejut dengan tindakan Abang Leman yang ingin bersalaman. Disebabkan itu, Kak Melah terus bangun dari tempat duduknya dan beredar.


“Malah, dia langsung tidak menjejakkan kaki ke kedai makan berkenaan selepas kejadian pelik tersebut,” ujarnya yang ketika itu tinggal bersama pakcik saudara iaitu ayah kepada Kak Melah yang dipanggil Pak Chaq.


Kira-kira dua bulan selepas peristiwa itu, kesihatan kakak sepupunya itu semakin merosot seolah-olah terkena demam kepialu.


Badannya semakin kurus manakala kulit pula kelihatan pucat.


Kak Melah juga sering demam pada waktu malam dan apabila berada di tempat kerja, badannya akan berpeluh kehangatan tetapi dia akan kesejukan apabila berada di kawasan terbuka.


“Kami semua tidak menyangka sama sekali bahawa ia adalah tanda-tanda dia disihir kerana fikirkan hanya demam biasa. Tapi semakin hari Kak Melah menjadi lemah sehingga tidak berupaya menyuap nasi ke mulut sendiri.


“Situasi begitu berlarutan beberapa bulan sehinggalah tiba-tiba Kak Melah dirasuk dan histeria... masa tu semua orang sedang bersiap sedia nak solat maghrib.


“Kak Melah berteriak dan terpekik terlolong macam nampak hantu. Dia juga cuba melarikan diri tapi sempat ditahan adiknya, Rosli.


“Tanpa berlengah, Pak Chaq memanggil imam yang tinggal berhampiran rumahnya dan selepas direnjis air Yasin, Kak Melah kembali tenang namun dia tidak pulih seperti sedia kala,” ujar Awang.


Selang beberapa bulan kemudian, Kak Melah kembali meracau dan kali ini semakin ganas.


Bayangkan badannya yang kurus kering boleh menepis lima orang lelaki yang memegangnya semasa tok imam cuba berubat.


Setahun berlalu, keadaan Kak Melah masih juga seperti itu, Pak Chaq pun semakin buntu.


Mana tidaknya, Kak Melah satu-satunya anak perempuan yang dimiliki dan tiba-tiba terkena sihir pula diusia yang baru menjangkau 18 tahun.


Ekoran itu, Kak Melah dibawa ke rumah neneknya di Kuala Perlis, Perlis.


“Pada masa tu hujan lebat. Pak Chaq terus saja mengendong Kak Melah untuk turun dari bot apabila sampai di jeti Kuala Perlis bagi bertemu Tok (nenek).


“Setibanya di rumah Tok, dia yang kelihatan lemah terus menjadi kuat sehingga perlu diikat. Tok cuba memulihkan semangat Kak Melah.


“Sepanjang berada di rumah Tok, Kak Melah langsung tidak melelapkan matanya. Badan dia hanya tinggal tulang dan kulit semata-mata.


“Kadang-kadang dia okay dan boleh bergurau senda bersama saudara mara yang lain, kadang kala diam membisu. Kak Melah juga akan duduk diam di satu-satu kawasan apabila dia merasakan tempat berkenaan kotor.


"Sebelum tidur, tilamnya mesti dibersihkan terlebih dahulu dan perlu ada langsir beropol dua tingkat. Mujur dia tidak meminta warna kuning sahaja,” luahnya.


Apa yang pelik, Kak Melah akan menjadi kaku apabila tiba waktu senja.


Dia tidak dapat berjalan dan perlu diangkat ke katil untuk tidur.


"Kami semua memang rasa sedih melihat keadaan Kak Melah seperti itu... berbeza dengan sifatnya yang ceria dan periang. Kalau diikutkan hati, ingin rasanya pukul si pelaku tapi apakan daya, kedai makannya pun sudah lama tutup,” imbasnya yang pernah ke Langkawi untuk mencari Abang Leman.


Selepas hampir 10 tahun berlalu, Kak Melah kembali pulih hasil bantuan perubatan daripada seorang ustaz di Guar Cempedak, Kedah.


Dia sudah boleh menguruskan diri sendiri dan tubuh yang dahulunya tinggal tulang kembali berisi.


Pun begitu, dia masih lagi diam seribu bahasa dan hanya melemparkan senyuman tawar apabila ditegur.


Menurut Awang, Kak Melah kembali pulih seperti sedia kala ketika umurnya menginjak 30 tahun.


Itupun selepas dia sendiri mencari penawar.


“Kak Melah menaiki bas seorang diri ke Johor bagi berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Ustaz terbabit mengubati Kak Melah sepenuhnya namun disebabkan apa yang pernah dialami, ‘hijab’ Kak Melah terbuka yang membuatkan dia dapat melihat benda ghaib.


“Sehingga kini Kak Melah tidak mendirikan rumah tangga walaupun dirinya pernah didekati beberapa orang. Mana tidaknya, dia dapat merasakan lelaki yang ingin mengahwininya itu hanya mahu mengambil kesempatan semata-mata,” ujar Awang.


Sebelum mengakhiri ceritanya itu, Awang menyampaikan pesanan daripada Kak Melah.


“Dia pesan supaya kita sentiasa berhati-hati walaupun dengan rakan karib dan seboleh mungkin menjaga pemakanan... maksudnya elakkan daripada meminta tolong kawan membeli makanan atau terus makan apa sahaja yang diberikan rakan.


“Jika makan di kedai pula, bacalah doa-doa atau ayat pelindung yang diajarkan ustaz supaya terhalang daripada makan di kedai yang menggunakan pelaris,” ceritanya.


Tambah Awang, kakak sepupunya juga menasihati anak gadis di luar sana supaya sentiasa menjaga maruah dan tidak mudah bergurau senda dengan orang yang baharu dikenali kerana dikhuatiri individu tersebut mempunyai niat jahat. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aii membesaq di kawasan yg ramai pelepas santau..utk test ilmu santau mak aii pesan kalau p makan minum jgn lupa baca doa makan..lepas tu kalau p salam org kan .tgn kena lapik dgn sapu tangan..salam pun hujung jari ja..kalau time salam tu dia ada sebut2 berelaan ka apa ka ntah satu lg perkataan..jgn jawab
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg bila terkena sesuatu kejadian yg sgt2 traumatik seperti itu, u takkan jd org yg sama. u akan jd sgt fragile dan sgt susah nk percaya kat sesiapa pun. n not having the ability to trust others sbnrnya sgt menyeksakan. u will feel so alone but u 'd rather be alone than having to have to trust people again. mmg ade kesan yg sgt mendalam ye utk mangsa2 yg pernah disihir ni. mungkin dia secara fizikal dah pulih tapi trauma tu mmg akan susah nk diubati n takes a lot of courage n time. yg lg teruk, ada yg x percaya pada mangsa2 sihir dan tuduh mereka gila dan sebagainya menyebabkan org2 sekeliling discredit apa shj yg mereka cakap or worse tuduh mereka penipu, atttention seeker etc.so many stigma n people just dont take them seriously. apa pun siapa2 yg pernah menjadi mangsa sihir yg lama bertahun2 dan alhamdulillah berjaya pulih, just remember that u r not alone and teruskan berjuang utk diri sendiri dan jgn putus asa. Allah swt sentiasa bersama org2 yg sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:22 PM | Show all posts
walaupun i kurang percaya bomoh-bomoh ni, tapi i tau amalan ni memang ada..
semoga manusia yang mengamal syirik ni mati dalam keadaan paling hina..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 01:20 PM | Show all posts
Kuss semangat intkan acik Ramlah Ram tadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama dengan kes mak aku. Dia disihir sebab ada orang suka dia masa muda dulu. Mak aku hampir lumpuh seluruh badan disebabkan sihir tu, terpaksa pakai tongkat untuk berjalan macam orang uzur, tapi lepas aku nasihat kena amalkan zikir terus menerus seumur hidup dan tak boleh berhenti walaupun sehari, baru dia sembuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 09:48 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 30-6-2022 11:59 AM
Aii membesaq di kawasan yg ramai pelepas santau..utk test ilmu santau mak aii pesan kalau p makan mi ...

nk tambah...kalau salam jgn genggam..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 30-6-2022 09:48 PM
nk tambah...kalau salam jgn genggam..

Yaa betul2..kalau boleh elak la bersalam2 dgn org tua2 ni..mak aii cakap diorg boleh hantar @ lepaskan sihir,santau,Saka masa bersalam..antara nak percaya dgn tak ja .tapi mmg sentiasa beringat la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia jadi jadi penyihir dan gunakan khidmat ahli sihir ni hidup tak akan aman. Aniaya orang sampai sakit bertahun2, semoga kena balasan maha pedih di dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Novel kah innih
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dia dah sembuh
Jatte tu ulur tangan nak salam berkemungkinan sebab nak calit minyak pengasih
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 30-6-2022 10:06 PM
Yaa betul2..kalau boleh elak la bersalam2 dgn org tua2 ni..mak aii cakap diorg boleh hantar @ lepa ...

Sbb tu akak suka time covid.....
Tak perlu salam².....
Lg rengsa klu ada yg peluk².....

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik ada soalan :

Kalau ilmu pengasih ilmu pemikat ni
Kalau kita gunapakai kat jejaka kpop
Berkesan tak?

Ni soalan jujur
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 1-7-2022 12:23 AM
Macik ada soalan :

Kalau ilmu pengasih ilmu pemikat ni

Klu berkesan, boleh test kt Elon Musk jugerk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 30-6-2022 10:06 PM
Yaa betul2..kalau boleh elak la bersalam2 dgn org tua2 ni..mak aii cakap diorg boleh hantar @ lepa ...

Musim covid-19 ni akak memang tak pernah salam dengan mana-mana makhluk Allah S.W.T. sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 30-6-2022 01:20 PM
Kuss semangat intkan acik Ramlah Ram tadi

Sukarnya untukku berpisah denganmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-6-2022 04:40 PM
she replied at 30-6-2022 04:23 PM
Macik ada soalan :

Kalau ilmu pengasih ilmu pemikat ni


Rasanya berkesan je dengan syarat memang uols dan jejaka kpop tu saling mengenali, tinggal di area sama/berdekatan/within same vicinity dan uols memang berniat sungguh2 nak kenakan tuan punya badan. Hada mainan law of attraction juga ilmu sihir pengasih ni. Kun fayakun. Ngkau niatkan, jadik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-7-2022 12:38 AM
Rasanya berkesan je dengan syarat memang uols dan jejaka kpop tu saling mengenali, tinggal di area ...

Faham2
Kena ada connection lah sipi2 dengan dia iye
Dan memang berkehendak baru menjadi

Mekasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
nenekglamer replied at 1-7-2022 12:28 AM
Klu berkesan, boleh test kt Elon Musk jugerk..

Macik takut sebab gf dia semua pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 06:05 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia  bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.080040 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list