CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 2

Nombor kenderaan UG dibuka untuk bidaan hari ini

[Copy link]
Post time 30-6-2022 09:34 AM | Show all posts |Read mode


Nombor kenderaan UG dibuka untuk bidaan hari ini

PETALING JAYA– Siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang dilancarkan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Permaisuri Zara Salim pada Mei lalu dibuka untuk bidaan orang ramai bermula hari ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata,  inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan membantu penjanaan kewangan universiti menerusi  anak syarikat UHSB dengan kerjasama syarikat tempatan iaitu Aquatwo Sdn. Bhd..

“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang diminati mereka dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my.

“Laman web itu dibuka bermula 1 Julai hingga 12 Julai dan borang bidaan tersebut perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar UHSB, Prof. Madya Dr. Ramlee Ismail menjelaskan, pendaftaran UG yang memberi terjemahan Universiti Guru disifatkan sebagai hadiah istimewa buat seluruh alumni institusi pendidikan itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November ini.

“Selain menjadi hadiah bermakna sempena sambutan bersejarah universiti, UHSB mengunjurkan pulangan pendapatan bernilai lebih RM3 juta,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... uk-bidaan-hari-ini/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 07:49 AM | Show all posts
UG?
UG14 hoyeahhhh



Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:36 AM | Show all posts
UG - uganda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068746 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list