PETALING JAYA: Seorang penjawat awam terkejut apabila bayaran balik pinjaman peribadinya melonjak sehingga lebih RM600 sebulan selepas bank melaraskan kadar asas (KA) dan kadar asas pinjaman (KAP), Mei lalu.
Beliau yang enggan dinamakan memberitahu FMT bahawa sebelum ini bayaran balik pinjamannya ialah RM1,450 sebulan, tetapi bermula akhir bulan ini ia perlu membayar RM2,072 sebulan.
“Saya terpaksa tanggung perbelanjaan bayaran balik yang terlebih sangat. Selepas bank isytihar naikkan BLR (kadar pinjaman asas), saya kena bayar lebih RM2,000 setiap bulan. Dengan harga barangan yang hampir semua meningkat, apa yang tinggal untuk saya tanggung keluarga?” keluhnya kepada FMT.
Pada 8 Jun lepas, beliau menerima surat rasmi daripada bank berkenaan menyatakan kadar KA dan KAP telah berubah daripada 2.60% kepada 2.85% berkuat kuasa 20 Mei 2022.
Beliau membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 empat tahun lepas dan kini berbaki sekitar dua tahun untuk melunaskannya.
Sudah 28 tahun berkhidmat untuk negara, beliau terkejut dengan peningkatan mendadak itu dan berasa kecewa dengan kerajaan yang dilihat tidak membuat kajian menyeluruh sebelum bertindak menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) bank.
Kenaikan OPR oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menyaksikan rata-rata bank tempatan di negara ini mula menaikkan KA dan KAP masing-masing, sehingga menjejaskan rakyat.
“Bagi saya, kerajaan kena ada mekanisme untuk kaji sesuatu dengan lebih mendalam dan kesannya terhadap orang kebanyakan.
“Kalau harga barang dah naik lepas itu kerajaan naikkan lagi kadar bayaran balik pinjaman, macam mana orang nak seimbangkan dengan harga barang? Kaji betul-betul dulu,” tegasnya.
Bakal bersara sekitar dua tahun lagi, penjawat awam ini sebak memikirkan masa depan keluarga terutama anak-anaknya yang masih bersekolah.
“Saya ada anak yang masih bersekolah. Tiga orang masih bersekolah, dua orang sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Semua masih bergantung pada mak ayah mereka. Sudahlah harga barang semua naik,” ceritanya
Post time 29-6-2022 11:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mangkok mana yang approve kecairan aliran tunai dalam pasaran, pengeluaran KWSP, gaji minimum RM1500 tempoh hari? Ujong-ujong inflasi, cash is king kong katanya!
Post time 29-6-2022 11:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin sebab tempoh pinjaman yang pendek sebab tu naik byk walau basis poin naik sikit je.
Apply 4 tahun lepas tinggal 2 tahun lg nak abis. Aku andai kan tempoh pinjaman 6 tahun atau 5 tahun (kalau ada apply moratorium).
Sepatutnya bank negara kena perketatkan syarat gaji bersih (ndi) yang tinggi untuk peminjam. Bank/koperasi fikir keuntungan/sales je. Jadi amat salah untuk biarkan bank/koperasi tentukan sendiri kiraan dsr/ndi.
Walau mcm mn pun dah nama pun pinjaman tetap lah kena bayar balik. Bak kata orang senyum pinjam senyum bayar. Kalau betul dah tak mampun mintakla bank buat restructure atau serah je la diri ke akpk.
USA naikkan OPR sebab nak tarik duit dari ekonomi, nak hapuskan PERMINTAAN (nak tapi tak mampu beli) untuk seimbangkan dengan PENGELUARAN yang tak boleh nak keepup (nanti harga barang boleh turun sikit). Gomen depa siap cakap, takkan ada BKM dah. Kita cuma mangsa (terpaksa ikut naik OPR untuk seimbangkan dengan USD) sebab guna USD kata Putin. Jomla masuk BRICS alternatif ekonomi (dipelopori negara2 pengeluar China, Russia, India, Africa, maybe Saudi Arabia & UAE nanti Indonesia pun) yang lebih baik, insyaallah boleh nego lagi2 time susah macam ni.