CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3156|Reply: 45

[Tempatan] Kelantan,Terengganu,Pahang dan WP Putrajaya paling ramai kanak-kanak bantut

  [Copy link]
Post time 29-6-2022 08:17 PM | Show all posts |Read mode


Peningkatan angka kanak kanak di Malaysia sebenarnya agak membimbangkan. Pada 2006 hanya 17% kanak kanak Malaysia bantut berbanding 21.8% pada tahun 2019.

Masalah bantut berlaku akibat kanak kanak tidak mendapat makanan yang seimbang. Ia biasa berlaku dikalangan keluarga berpendapatan rendah.

Senario peningkatan harga barang keperluan asas dan makanan mungkin memburukkan lagi situasi kanak kanak bantut.





https://www.facebook.com/publichealthmalaysia


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2022 08:17 PM | Show all posts
Harga susu formula, makanan protein jadi tumpuan KKM atasi masalah bantut

PUTRAJAYA – Harga susu formula dan makanan protein merupakan antara bahan yang akan diberi tumpuan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengatasi masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, masalah bantut tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja memberi cabaran kesihatan mental, fizikal mahupun pergaulan sosial tetapi lebih buruk, masalah bantut yang boleh membawa maut.

Katanya, atas isu itu, pihaknya mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak di Malaysia yang dianggotai KKM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara.

Ujarnya, Malaysia sedang berdepan dengan masalah beban berganda malpemakanan di mana terdapat peningkatan kepada masalah kekurangan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan dewasa.

“Masalah ini berlaku hampir di semua negeri dengan peratusan tertinggi dicatatkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya.

“Ini menunjukkan masalah ini merentasi semua kategori sosiodemografi sama ada bandar atau luar bandar, pendapatan isi rumah, kumpulan etnik, pekerjaan dan tahap pendidikan.

“Kita akan mencari jalan penyelesaian melalui jawatankuasa ini kerana mahu memastikan akses harga makanan protein dan susu mampu milik. Senang sahaja mahu meminta ibu bapa beli susu tetapi isunya, harga yang tidak mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu harga susu formula bagi mengatasi masalah bantut pada sidang media sempena pelancaran Program Media #AnakMalaysiaSihat, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas sama ada terdapat isu bantut di Putrajaya, Khairy berkata, ia perlu kajian mendalam bagi mengenalpasti faktor sebenar.

Tambah beliau, sihat itu bukan gemuk tetapi sihat itu adalah berkaitan kanak-kanak sihat.

“Pelbagai faktor lain mempengaruhi kadar bantut seperti kadar celik kesihatan, persekitaran, budaya kerja, dan akses kepada penjagaan kanak-kanak.

“Ada sesuatu yang tidak betul kenapa Putrajaya dikenali antara yang mempunyai pendapatan tinggi di Malaysia tetapi berhadapan masalah bantut dan obesiti,” katanya.

Mengulas mengenai isu taska termasuk yang tidak berdaftar, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkaitan bagi mengenalpasti punca yang boleh ditangani.

“Seperti taska dan tadika berdaftar, KKM terbabit dalam menu pemakanan di mana pengusaha perlu ikut menu yang ditetapkan tetapi yang tidak berdaftar, kita tidak tahu.

“Maka, kita akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi memastikan permasalahan ini dapat diatasi dalam pelbagai perkara,” katanya. – MalaysiaGazette

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat UK kalau tak silap gomen bagi free kan fresh milk ikut isi rumah..kul 4.30 pg iols terbangun jenguk kat tingkap nampak milkman dtg bawa carton berisi botol fresh milk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga Putrajaya pun bukannya orang lokal situ.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat la program pemberian susu percuma di sekolah rendah macam gomen PBS buat kat Sabah zaman ai kanak2 riang polos tahun 90an dulu. Best taw perasaan kanak2 ini dapat susu free kat sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pindik2 tagap ummah Sabah, sukor la idok juga masuk top 3.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kalau bagi susu kat sekolah, mesti cikgu bagi susu fresh & flavor stroberi je, yang coklat dibiar bertimbun kat stor. Masa tadika plak, dapat susu yang dalam tong lagi sedap, sejuk, fresh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:22 PM | Show all posts
Kenapa kerajaan risau sangat budak2 ni bantut? ada pompuan complaint dekat gomen yang bakal2 laki pada zaman sekarang ni pendek2 sangat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tgk ummah jiran sebelah singapork. Malay cina india semua tinggi2, NS men depa tegap2 tinggi adekah sbb program Ns itu sendiri atau pola pemakanan?
Malay SG mostly ai jumpa tinggi dari malay MY. Makan tempe sambal belacan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:20 AM | Show all posts
timbalan mb sskjp sedikit lega sebab negeri dia tak bersendirian dilaporkan dalam berita
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:31 AM | Show all posts
tak boleh pakai stats ni, saya warga putrajaya anak2 saya tinggi2
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:37 AM | Show all posts
ini mmg betul,

meols duk itw bebudak baru, smer makin mengecik.. most lg pendek dr meols
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
aku sampai skrg kuat minum susu tapi takde la tinggi nau, 163cm je. rasanya faktor yg membantutkan aku jd lebih tinggi sbb masa budak sekolah kerap sangat berjaga malam stream drama online. jaman tu kan internet slow, siang hari asyik buffering, malam baru smooth
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 29-6-2022 08:51 PM
Warga Putrajaya pun bukannya orang lokal situ.

Warga putrajaya ni makan byk tido lambat hagaknya niii...cuba check pkl berapa bebdk tu tido?
Warga kelate,ganu,pahang yg dok kampung especially walaupun b40 ajor le depa self sustain...selg ada tanah..buat le reban ayam pelihara kampung lembu...tanam apa yg ptt...makan jgn memilih..bdk2 ckp tak suka makan sayur...anak aku pun sama...konon nak suh aku sediakan vitamin..aku kata no such thing...aku ltk dlm pinggan suh makan jgk...adat org melayu kita makan ns byk dr lauk..tp dedulu aktif pi ke kebun n sawah.protein tumbuhan paling murah toge ..but ini la org tak suka kan...
Ngk meal sayir sekolah jepun tu lg nampak bring blunt gitu jgk..but bebdk tu telan jgk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku duk Johor ni, bl jemput anak bongsu blk dr sekolah agama, tgk semua sama comei2,kenit2 je..sampai anak sulung aku ckp..knp budak2 skrg ni kecik2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:24 AM | Show all posts
Kelantan,Terengganu,Pahang dan WP Putrajaya

kenape tiba2 PUTRAJAYA----- sbb ramai org pantai timur kt situ ke?.. then kene check kawasan Puncak Alam jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau genetik mmg petite nak wat guaner?
Kecik takpe asalkan tahu bawak diri dan berani.
Besor sajer tapi asik kena buli je tak guna gak.
Adik ipar iols jenis lelaki bersaiz S tp dia bekeng n boleh tahan buas masa sekolah dulu. Sorang dia je leh lawan ngn ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Soklan noob.. Bantu tu dr segi fizikal je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pokokbunga at 30-6-2022 12:45 PM

Tgk kat ig2 luar, org muda jepun pun dah tinggi2 skrg.. yg korea lagi lar.. uolss yg ada anak2 sdg membesar ni pastikan setiap hari minum susu fresh milk ( beli fresh milk farm fresh tu, klu takleh telan minum yg perisa coklat/strwberry punya). Dan pastikan tidur cukup.. anak bongsu aku berjaya aku tinggikan dgn kaedah ni sbb masa sekolah rendah semua org tanya apesal pendek sgt ni, plg pendek ya dlm kelas.. kesian tgk dia..so masuk form 1.. aku giler2 paksa dia minum freshmilk 1 cwn setiap mlm sblm tidur, kasi juga dia teen grow appeton tu dan alhamdulillah masa pkp 2 tahun, tak jumpa kwn2 dia, tahun ni bila jumpa balik .. semua mcm tak percaya tinggi dah sama malah lagi tinggi dari kwn2 dia yg lain ( dari 140cm dah naik hmpir 160cm… btw anak aku girl, so skrg dia aim nak tambh lagi 5cm )..so aku percaya mmg pemakanan esp susu main peranan penting utk tambah tinggi budak2 ni.. try ler uolss
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bahasa belah..Msia Timur.....bantut tu..pondan...awainya bebudak ni...'memondan'...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.309778 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list