PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan hanya 44 agensi berkaitan kerajaan yang boleh mengakses data peribadi rakyat Malaysia menerusi pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan dibuat selepas KDN mengenal pasti beberapa pihak yang sebelum ini mempunyai akses kepada pangkalan data milik JPN dan bertindak menjual data peribadi 22 juta rakyat Malaysia di sesawang forum pasaran teknologi Lowyat.net dengan harga USD10,000 (RM43,870) baru-baru ini.
Data peribadi yang bocor itu berkemungkinan diperoleh daripada pelbagai sumber lain, antaranya laman sosial, syarikat telekomunikasi, institusi kewangan dan agensi kerajaan lain termasuk pejabat tanah dan galian sebelum dijual di pasaran gelap.
Pendedahan Hamzah itu sekali gus menafikan bahawa ‘orang dalam’ JPN bertanggungjawab terhadap penjualan data peribadi tersebut.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan berlaku penjualan data peribadi milik 22.5 juta rakyat Malaysia daripada agensi itu seperti yang tular menerusi media sosial hari ini.
Tindakan mengakui lebih baik dari membohong disini. Sekarang rakyat semuanya dah alert, dan kerajaan kena ambik tindakan sepatutnya. .. tetapi kita mesti sentiasa ingat ini adalah kegagalan kerajaan melindungi rakyat.. very vbbad .. kena umum tangkapan dan umumkan hukuman berat
Post time 29-6-2022 09:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
jalfa replied at 29-6-2022 12:59 PM
Skrg data budak budak apply u pon bocor..tibeh je uni swasta hantar email offer sambung blaja
Ni memang dah berzaman dibuat. Yang sundel tu ada beberapa kali ai yang kertu dapat SMS atau Whatsapp dioffer masuk IPTS. Ex student kot pedajal aiol kasik nombor aiol. Ada ja keluar nama dia skalik dengan offer tu tapi malas la nak confront.