CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 1644|Reply: 10

[Tempatan] Dipukul, Ditendang, Ditumbuk & Diugut Bunuh, Mak Wan Latah Buat Laporan Pulis

  [Copy link]
Post time 29-6-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-6-2022 04:53 PM


Pelakon veteran Mak Wan Latah membuat keputusan untuk membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang juga merupakan kenalan rapatnya kerana sudah tidak mampu menahan sabar dan ingin mempertahankan maruahnya daripada terus diinjak.

Artikel berkaitan : Bekas Pembantu Peribadi Dedah Perangai Sebenar, Mak Wan Latah Anggap Fitnah Akhir Zaman – ‘Otak Dia Tak Betul.. Biarkan’


Terpaksa buat laporan polis

Menurut pemilik nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud, laporan terbabit terpaksa dibuat kerana wanita tersebut pernah memukul, menendang serta mengugut mahu membunuhnya.

Sudah lama saya diamkan. Kelakuan kasarnya terhadap saya baharu saja saya laporkan kepada polis. Banyak kali dia buat. Pukul, tendang, tumbuk dan baling kepala saya dengan botol Coke yang masih penuh air.

Perbuatan itu dia lakukan dalam tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, tambahan pula telefon (bimbit) saya dia pegang.

Ujarnya lagi, sebelum bergerak ke Genting Highlands untuk menjalani penggambaran, dia dipukul dan kali terakhir individu terbabit memukulnya adalah di depan ramai saksi termasuklah di hadapan ibu wanita itu. Walau bagaimanapun, segala bukti terbabit sudah disertakan dalam laporan polis.

Apabila ditanya mengenai video di mana pelakon itu seperti membaca mentera seperti yang dikongsikan di media sosial, Mak Wan menafikan tuduhan terbabit dan menegaskan bahawa ia adalah rakaman lama ketika dia sedang berlatih untuk sebuah drama.

Pernah guna nama Mak Wan untuk berhutang

Dalam pada itu, pelakon berusia 61 tahun ini turut menyifatkan wanita berkenaan berdepan dengan masalah mental serta sengaja mendedahkan video itu kepada umum.

Video yang kononnya saya baca mentera itu pun dia yang rakam sendiri, bukan ambil curi-curi pun. Saya yang bodoh sebab mengikut saja. Sekarang dia fitnah saya buat kerja syirik gunakan video berkenaan.

Drama berjudul Pelaris itu pun sudah lama dan sudah disiarkan. Kalau dia terus nak bercakap pasal itu, biarkanlah. Benda tak betul, dia pun tahu.

Tambahnya, dia turut mendakwa wanita berkenaan menggunakan namanya untuk berhutang membeli almari dan katil.

Saya pun sedang kumpul bukti dan akan buat laporan polis pasal fitnah pula. Doakan saya terus kuat.

Sumber : Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 29-6-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahla ko makcik.. suka2 atilah ko nk buat ape..cumanya den xbrape nk berkenan tgk makcik berlakon..entahla mcm xde feel je..den rela LG tgk joyah ke fadhilah Mansoor ke ape tah Nama..bila berlakon..JD mak/ nenek/ org kg..real je.. bak kata alien ant farm.. smooth criminal..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka tunggu producer or penerbit mana yg nk bekap statement mwl ni..

Klu xde..meaning betulla dia baca jampi bukan skrip

Benda nk suruh delete pon dh viral
Likes pun dh byk
Comment pun dh beribu

So kita enjoy je la yeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak caye langsung tu jampi. Merepek je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts

Amell

Edited by tumpanglalu74 at 29-6-2022 06:07 PM

Ni dia budaknye:


https://www.tiktok.com/@official ... 7113410315252976923
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt mana ada clip cerita pelaris tu.. scene mcm skrip yg makwan praktis tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 09:16 PM | Show all posts
kenapa lepas dia cerai
banyak plak cerita tak sedap pasal dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni? ...
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 30-6-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pembantu pribadi tu yg mntal,rupanya bnyk report polis ats nma dia..mnyamar jadi polis,pkai bju srgam polis bkas laki dia,pcah belahkan rumah tngga orang,prmpas laki org,khwin ntah brpa kli,kwin tk kwin..penipu,pncuri scamer...aku prcya je mak wan klu tk lma dh dia jdi plkon utama..ksian pmbntu je..kmu selidik dulu spe si amel ni bru kmu ckp spe mak wan..dia ni bnyk kes polis dah dulu..hairan mcm mna bole jd pmbntu mak wan,bila kantoi mencuri,abis nk di fitnahnya org tu,bca kt fb ramai dh org bongkar siapa siamel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:44 PM | Show all posts
Elok sambung kat board gossip je
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:47 PM | Show all posts
dah x tau nak caya sapa. takde ke producer ke or retis lain nak bekap makwan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 07:57 AM GMT+8 , Processed in 4.222016 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list