CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1379|Reply: 6

[Tempatan] Bukan adegan Kl Gangster : Polis buru 20 individu terlibat pergaduhan di Sri Petaling

  [Copy link]
Post time 29-6-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-6-2022 11:58 AM



PETALING JAYA: Kira-kira 20 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Jalan Radin Bagus Sri Petaling pada Isnin lalu diburu polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, seorang lelaki yang juga pengadu bersama rakannya sedang makan di sebuah gerai sebelum mendapati dua kumpulan lelaki sedang merusuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua suspek itu dipercayai bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak.

Kata beliau, rentetan pergaduhan itu, suspek turut bertindak merosakkan beberapa buah kereta termasuk keretanya yang diparkir di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amihizam berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sri Petaling ni mmg kwsn samseng.  Dulu masa kerja sana, ada kes tembak2 kawasan blkg ofis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 01:33 PM | Show all posts
Orang luar tau cluster Sri Petaling ja.

Tengok pekan Sri Petaling ni boleh tahan high end. Banyak restaurant dan entertainment outlet.


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 02:32 PM | Show all posts
ada baik nya lockdown.

geng kongsi gelap mati kutu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat kereta tu
Apa dosa dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:25 PM | Show all posts
Kereta siapa ler yang jadi mangsa tu.  Ramainya yang berangin sejak dua menjak ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu je nak komen pasal organisasi polis ni. Jalan radin bagus ni sepelaung je ngan balai polis seri petaling tu. Tapi yg handle case kat brickfields. Selalu mcm tu , kena report or kes akan di handle di tempat lain ikut jurusan. Iols mmg sangat heran kenapa tak streamline kan aja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.399020 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list