View: 1386|Reply: 6
|
[Tempatan]
Bukan adegan Kl Gangster : Polis buru 20 individu terlibat pergaduhan di Sri Petaling
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 29-6-2022 11:58 AM
PETALING JAYA: Kira-kira 20 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Jalan Radin Bagus Sri Petaling pada Isnin lalu diburu polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, seorang lelaki yang juga pengadu bersama rakannya sedang makan di sebuah gerai sebelum mendapati dua kumpulan lelaki sedang merusuh.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua suspek itu dipercayai bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak.
Kata beliau, rentetan pergaduhan itu, suspek turut bertindak merosakkan beberapa buah kereta termasuk keretanya yang diparkir di kawasan itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Amihizam berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan.
“Mereka boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya. – UTUSAN
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sri Petaling ni mmg kwsn samseng. Dulu masa kerja sana, ada kes tembak2 kawasan blkg ofis. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang luar tau cluster Sri Petaling ja.
Tengok pekan Sri Petaling ni boleh tahan high end. Banyak restaurant dan entertainment outlet.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada baik nya lockdown.
geng kongsi gelap mati kutu |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat kereta tu
Apa dosa dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta siapa ler yang jadi mangsa tu. Ramainya yang berangin sejak dua menjak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je nak komen pasal organisasi polis ni. Jalan radin bagus ni sepelaung je ngan balai polis seri petaling tu. Tapi yg handle case kat brickfields. Selalu mcm tu , kena report or kes akan di handle di tempat lain ikut jurusan. Iols mmg sangat heran kenapa tak streamline kan aja |
|
|
|
|
|
|
| |
|