CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 0

Tobaki Pink Racing azam tebus kehampaan

[Copy link]
Post time 28-6-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode

MD. HARITH bernasib malang apabila enjin jenteranya meletup ketika sesi shootout dan menduduki tempat kelapan selepas perlumbaan di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus tamat kelmarin. – PUQTRA HAIRRY


PASUKAN Tobaki Pink Racing menjanjikan kebangkitan selepas dua pelumba sandaran kategori CP125 tidak bernasib baik dalam pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus kelmarin.

Prinsipal pasukan, Nur Atikah Azwar berkata, masalah jentera menjadi faktor Md. Harith Farhan Baharin tiba di garisan penamat di tempat kelapan, manakala Saiful Azhary Muhamad pula gagal menamatkan perlumbaan.

“Kami agak terkejut apabila enjin jentera Md. Harith tiba-tiba meletup ketika sesi ‘shootout’ di sebelah pagi, manakala jentera Saiful pula mengalami masalah elek­tronik pada awal perlumbaan.

“Bagi pusingan berikutnya di Jempol, Negeri Sembilan, barisan pelumba sudah berazam me­nebus kehampaan dan memburu kedudukan podium,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Sementara itu, Harith Farhan mengakui kurang bernasib baik apabila mengalami masalah jentera walaupun beraksi cemerlang di pusingan kelayakan pada ­Jumaat lalu.

Jelasnya, dia cuba memberikan aksi terbaik setelah bermula dari petak ke-10 dan menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dengan catatan masa 13 minit 19.749 saat (s).

“Dari posisi ke-10 saya tercicir sehingga ke kelompok pelumba di belakang dan dengan enjin yang tidak pernah digunakan, saya berusaha mendapatkan rentak.

“Sudah tentu saya mahu bangkit untuk aksi di Jempol pada 16 dan 17 Julai depan selain berdoa masalah jentera tidak berulang lagi,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... am-tebus-kehampaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.414136 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list