CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 748|Reply: 0

Saingan Festival Toyota Gazoo Racing semakin sengit

[Copy link]
Post time 28-6-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode

AKSI perlumbaan Festival Toyota Gazoo Racing yang berlangsung di SIC semalam. FOTO AZHAR RAMLI

Kuala Lumpur: Pusingan kedua musim kelima Festival Toyota Gazoo Racing yang berakhir semalam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan saingan semakin sengit menjelang pusingan ketiga dan terakhir yang akan berlangsung selepas ini.

Kelas Super Sporting menyaksikan pemandu cukup berpengalaman, Tengku Djan Ley dari pasukan Prima Pearl TD Racing Team yang bergandingan dengan rakan sepasukan, Mitchell Cheah kembali memenangi perlumbaan pada perlumbaan kedua.

Nasib tidak menyebelahi Tengku Djan yang juga juara bertahan pada musim kelima ini apabila dia tidak dapat beraksi pada dua perlumbaan di pusingan pertama kerana dijangkiti Covid-19.

Kemudian pada perlumbaan pertama di pusingan kedua, Sabtu lalu, dia gagal menamatkan perlumbaan tetapi kembali menebus kehampaan itu dengan menaiki podium pertama pada perlumbaan kedua, semalam.

"Baki dua perlumbaan lagi selepas ini agak kritikal. Saya perlu bersikap lebih optimis. Selepas terlepas pusingan pertama, saya tahu agak sukar untuk mempertahankan kejuaraan.

"Tapi saya akan bantu rakan sepasukan, Mitchell bersaing merebut juara keseluruhan," katanya.

Kelas Sporting pula menyaksikan Muhammad Naquib dari pasukan Axle Sports mendominasi kedua-dua perlumbaan sekali gus melonjakkan semangat untuknya mengharungi pusingan ketiga dan terakhir.

"Sudah tentu saya sangat gembira dengan keputusan dua perlumbaan ini walaupun sebenarnya perlumbaan kedua lebih sukar kerana ia berlangsung selepas hujan. Tapi kereta saya berada pada tahap terbaik," katanya.

Bagi Kelas Promotional yang menyaksikan pembabitan selebriti tempatan, pelawak terkenal, Nabil Ahmad muncul juara perlumbaan kedua selepas seorang lagi pelawak terkenal, Zizan Razak mendominasi perlumbaan pertama, Sabtu lalu.

"Ini adalah kali pertama saya dapat podium pertama selepas dua musim, jadi sudah tentu saya bersyukur dengan kemenangan ini," kata Nabil.

Selain tumpuan di litar, mereka yang hadir sepanjang dua hari festival itu juga berpeluang menyaksikan secara dekat persembahan artis tempatan serta aktiviti lain.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... cing-semakin-sengit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052154 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list