CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 0

Rezeki 'penunggu' besar kolam estet

  [Copy link]
Post time 27-6-2022 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki 'penunggu' besar kolam estet



ANTARA ikan yang berjaya ditangkap peserta di Pesta 'Mengoca' Estate Ikan MyKP Kampung Sungai Jernih anjuran Jabatan Perikanan Negeri Sembilan. FOTO Ihsan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan


Tampin: "Tidak sangka kolam terbiar di estet ini dihuni ikan 'gergasi' bersaiz luar biasa. Saya terkejut apabila berjaya menangkap ikan tongsan seberat 10.6 kilogram (kg) menggunakan tangguk," ujar Zulkifli Muhammad, 33.

Zulkifli antara 200 peserta menyertai pesta tradisi 'mengoca' anjuran Estet Ikan My Komuniti Perikanan (MyKP) Kampung Sungai Jerneh bersama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.

Katanya, dia mengambil masa kira-kira 30 minit bagi menangkap ikan besar berkenaan sebaik acara dimulakan pada jam 9 pagi semalam

Menurutnya, dia mengharungi perjalanan selama dua jam dari Labu, Seremban ke Kampung Sungai Jerneh, Gemencheh bagi menyertai pesta 'mengoca' itu.

"Saya bersyukur apabila diumumkan pemenang juara ikan terberat pada acara itu sekaligus membawa pulang hadiah RM300.

"Selain ikan tongsan, ikan patin seberat 10 kg serta beberapa jenis ikan lain turut berjaya ditangkap. Ayah saya turut berjaya menangkap ikan pacu seberat 9.5 kilogram dan diumum pemenang kelima ikan terberat.

"Sebagai anak kampung mengoca antara aktiviti kegemaran saya ketika kanak-kanak. Saya dan tiga ahli keluarga segera menyertai acara ini sebaik dimaklumkan melalui kumpulan WhatsApp," katanya yang bekerja swasta.

Seorang lagi peserta yang mahu dikenali Azmi, 45 dari Kuala Lumpur berkata, dia teruja menyertai pesta itu walaupun tidak mempunyai pengalaman mengoca.

"Jujurnya saya sangat teruja dengan pengalaman ini kerana dapat menangkap beberapa ekor ikan tilapia merah dan baung menggunakan tangguk," katanya.

Sementara itu Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kassim Tawe berkata, pesta mengoca diadakan di Estet IkanMy Komuniti Perikanan (MyKP ) yang dikelolakan penduduk Kampung Sungai Jerneh.

Katanya, seramai 200 peserta menyertai pesta di kawasan kolam terbiar itu.

"Peserta hanya dibenarkan menggunakan tangguk, sauk dan serkap manakala jala atau jaring adalah dilarang.

"Pihak kami bercadang menjadikan pesta mengoca berkenaan sebagai acara tahunan selain estet ikan berkenaan boleh dijadikan lokasi dikunjungi pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri," katanya.

Ujarnya, pesta mengoca bukan sahaja menjana pendapatan komuniti hasil jualan tiket termasuk sewaan inap desa dan jualan makanan.

Hadir sama pada pesta mengoca itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-besar-kolam-estet

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076886 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list