CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 706|Reply: 0

Bagnaia lega dapat raih kemenangan

[Copy link]
Post time 27-6-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode

BAGNAIA berjaya memberikan tunggangan bertenaga untuk muncul juara di Assen. FOTO EPA

Assen: Selepas mengharungi dua perlumbaan sukar sebelum ini penunggang Ducati, Francesco Bagnaia akhirnya lega mampu muncul juara di Grand Prix (GP) Belanda.

Bagnaia mengambil kesempatan selepas pendahulu keseluruhan Fabio Quartararo terbabit dalam kemalangan di Litar Assen.

Quartararo terjatuh dua kali, terpelanting ke depan dari jenteranya dalam insiden kedua sebelum berjalan di tepi litar dengan penuh kekecewaan dan mara di atas kesilapannya itu.

Berbeza dengan Bagnaia yang berjaya mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan bersama jenteranya untuk merakamkan kemenangan ketiga musim ini dan meraih mata penuh selepas gagal menamatkan saingan pada dua perlumbaan terakhir.

"Saya sangat gembira selepas dua perlumbaan sukar di mana kami berlumba tanpa mendapat sebarang mata," kata pelumba kelahiran Itali itu.

Ia hari yang sangat sempurna buat pelumba Itali apabila Marco Bezzecchi dari pasukan Valentino Rossi VR46 menduduki tempat kedua, manakala Maverick Vinales melengkapkan kedudukan podium.

Quartararo mengetuai kedudukan keseluruhan sebelum saingan berehat dengan kelebihan 21 mata ke atas Aleix Espargaro, yang menduduki tempat keempat di Assen.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pat-raih-kemenangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 1.464707 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list