Dua rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran rumah di Taman Gembira, Seputeh di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.22 pagi.
Jurucakap JBPM berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh, BBP Pantai, BBP Sri Petaling dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kebakaran melibatkan banglo tiga tingkat dan melibatkan empat mangsa.
“Ketika tiba, kita dapati kebakaran memusnahkan tingkat satu manakala tingkat dua musnah 50 peratus.
“Mangsa yang rentung dipercayai ibu berusia 61 tahun dan anak yang berusia 22 tahun manakala dua lagi cedera akibat melecur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal pada 6.54 pagi dan padam sepenuhnya pada 7.12 pagi.
Jelasnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua lagi mangsa yang melecur dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.- UTUSAN
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-6-2022 11:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 26-6-2022 11:23 PM
mojarean_X replied at 26-6-2022 11:09 PM
Bkn patutnya bendera kuala lumpur ke sis. Iols rasa editor utusan x check betul2. Jap i edit threa ...
Dah tukor. Kat Street View pon tunjok KL.
Tiara Villa:
Preliminary investigations by firefighters believe that the fire started from the eldest daughter's bedroom, and the fire spread quickly, and the house fell into a sea of flames within a short time.
Post time 26-6-2022 11:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Takziah buat mangsa2 yg terlibat
Sampai 4 jentera bomba from 4 different locations tuuu yg hadir
Yg macam tower tu elevator shaft lah kan
Berapa jutalah agaknya kerugian kalau dah seluruh rumah terbakar
Harap pampasan insurans boleh tampung kerugian