CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1266|Reply: 16

[Tempatan] PM pakai baju mewah,terpisah realiti hidup rakyat susah - Fahmi Fadzil

[Copy link]
Post time 26-6-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baju PM mewah, terpisah realiti hidup rakyat susah - Fahmi Fadzil
Diterbitkan:  Jun 26, 2022 1:53 PM



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil membangkitkan selera Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memakai pakaian mahal pada masa ramai rakyat Malaysia biasa bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.

Ini selepas ahli parlimen Bera itu dikesan memakai kemeja pendek berjenama Burberry bernilai RM6,900.

“Saya rasa orang yang bertanggungjawab ke atas almari pakaian PM perlu diganti.

"Pada masa semakin ramai orang menderita akibat kenaikan kos barangan, PM tidak seharusnya dilihat terasing daripada realiti rakyat," kata Fahmi kepada Malaysiakini.



“Busana mahal sebegitu tidak sepatutnya menjadi pilihan utama. Sebaliknya, PM boleh menggunakan peluang dan keterlihatan kerana kedudukannya untuk menonjolkan karya pereka tempatan (yang juga tidak perlu menjadi sebahagian daripada keluarga terdekatnya),” tambah Fahmi merujuk kepada menantu Ismail, pereka fesyen Jovian Mandagie.

Baju terbaru ini disenaraikan di laman web Burberry sebagai organza sutera slogan lengan pendek merah dan berharga RM6,900 dan sudah tidak boleh lagi ditempah.

Bulan lalu, Ismail dikecam di media sosial kerana memakai baju mahal semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo, Jepun.

Baju berwarna hitam, biru dan putih itu juga dari Burberry dan disenaraikan berharga RM5,500.

Semasa PKP 2020, Ismail menarik perhatian untuk rekaan baju kreatifnya, yang antara lainnya dibandingkan dengan kek lapis Sarawak, minuman avocado, agar-agar pelangi dan trifel Oreo.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 jer bangsat PH ni suma. Nurul anak Nuwor bawak keta mahal, tapi park jauh bila nak tunjuk muka pada pengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 10:52 PM | Show all posts
Pergi jahanam sama politaik.
Wasted sperm
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 10:57 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 26-6-2022 09:01 PM
Acah2 jer bangsat PH ni suma. Nurul anak Nuwor bawak keta mahal, tapi park jauh bila nak tunjuk muka ...

siyesly? bkn ke dia bawak keta proton x70?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kari je Mael lambong cakap Keluarga Msia, Bahasa Msia, tak pakai baju Msia pun. Baju zionis juga
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah cakap. Orang2 atas tu semua senang lenang elaua dan gaji naik lepastu kemudahan semua dapat. Mana nak duduk sama rendah dengan rakyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua menteri pakai baju mahal.takkan pakai bandel. Tapi jangan la pakai baju A B C yg besar gedabak. Memang kene la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Si fahmi ni kan, keje dia mmg scan baju org BN ke? Tu je lah modal tak sudah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2022 08:53 AM | Show all posts
tu baju gred AAA kut... beli kat siam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tak baik ckp rakyat hidup susah. Yg i baca dlm ni kebykan senang sgt, i rasa masa decide nak retire dah ada financial planning yg ok. tapi bila masuk sini tiba2 rasa i miskin giler compare poromer sekelian. In real life i hidup senang je, tak pernah terpk akan mintak bantuan apa2/siapa2.. , tapi sgt miskin compare kebykan pacik macik porom laa… Miskin tapi hidup senang.. ok apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pm singapore pun pki tshirt biasa je.. Pki je biasa2, org politik org dengki x mengata.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 09:19 AM | Show all posts
biarla dia nk pakai baju apa pon kalo dh gaji sebulan pon 20k..anak menantu pon ada bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 09:45 AM | Show all posts
Helleh....ko pun sama. Dah lupa ke masa ko dapat jawatan siap menghina orang pakai Wira buruk atas jalan..?? Dah kena kecam pastu mintak maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Diam la kau!!! Sepanjang kau jadi wakil rakyat kawasan aku, takde pun kau buat kerja! Banner kau je penuh tiap kali perayaan, turun pandang, TAK!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 09:55 AM | Show all posts
biar la PM nak pakai baju ape pun, janji tutup aurat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar je la nk pakai baju selai sejuta pun. Aku pun klau duit byk nk jgk merasa pakai benda2 mahal nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2022 10:12 AM | Show all posts
aku cuma musykil baju mahal macam tu
pakai butang emas ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.526208 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list