CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5635|Reply: 81

[Jenayah] Pelajar lelaki cedera melecur diseterika serta retak tulang rusuk belakang akibat cemburu dilihat berbual dengan pelajar wanita

  [Copy link]
Post time 25-6-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 26-6-2022 04:22 PM


TELUK INTAN: Gara-gara cemburu, seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 menjadi mangsa pukul 10 pelajar lain dalam kejadian di bilik asrama sekolah di sini, pada Khamis lalu.
Tidak cukup dengan itu, mangsa berusia 14 tahun itu turut dicederakan dengan seterika panas pada tubuh badannya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami sakit di bahagian pinggang dan kini menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

"Polis daerah Hilir Perak menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 23 Jun jam 9.40 malam.
"Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Teluk Intan. Hasil siasatan mendapati, mangsa telah dibuli oleh 10 orang suspek berumur 16 hingga 17 tahun yang merupakan pelajar senior (tingkatan 4 dan tingkatan 5) di sekolah terbabit.

"Kejadian berlaku pada Khamis, antara pukul 12.30 tengah malam hingga pukul 1 pagi.
"Salah seorang suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama dan kemudiannya memukul mangsa secara beramai-ramai dan mencederakan mangsa menggunakan seterika panas pada badan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mior Faridalathrash berkata, mangsa kemudiannya menghubungi ibunya serta mengadu mengalami sakit di bahagian pinggang.
Ibu mangsa kemudiannya membawa mangsa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan berada di dalam keadaan stabil.
"Soal siasat awal mendapati pergaduhan tersebut dikatakan berpunca dari perasaan cemburu setelah mangsa berbual dengan seorang pelajar wanita yang juga teman wanita kepada salah seorang suspek yang membuli mangsa," katanya lagi.
Justeru katanya kesemua suspek telah ditahan oleh pihak polis pada hari yang sama, pada pukul 11.20 malam sejurus menerima laporan.
Kesemua suspek juga telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin depan bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.
Justeru, pihak polis ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak sesekali menularkan maklumat yang tidak sahih kepada umum serta disarankan untuk melakukan sebarang laporan dan aduan di balai polis berhampiran.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Geramnya akak cik marjerin baca kisah ni....elok diseterika balik budak2 jahat tu...teringat terus kisah farhan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 04:55 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 25-6-2022 04:49 PM
Geramnya akak cik marjerin baca kisah ni....elok diseterika balik budak2 jahat tu...teringat terus k ...

betul tu kak noor, saya nk speku mesti bdk lelaki yg kena seterika tu herlokk gilerr sampai boyfriend bdk pompuan to insecure sgt sampai seterika bdk tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeles2 sgt ni nak ke mana, bkn bini pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 25-6-2022 04:49 PM
Geramnya akak cik marjerin baca kisah ni....elok diseterika balik budak2 jahat tu...teringat terus k ...

Cik marjerin tu apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-6-2022 04:59 PM
Cik marjerin tu apa

Nama tt la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 25-6-2022 04:55 PM
betul tu kak noor, saya nk speku mesti bdk lelaki yg kena seterika tu herlokk gilerr sampai boyfrie ...

Depa nikan..lulus spm pun x lagi...dah nk berpasang2...belajar buatla cara belajar...eiii geram
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 25-6-2022 05:00 PM
Nama tt la...

Hahaha
Iols membayangkan roti butter sugar je ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2022 05:05 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 25-6-2022 05:01 PM
Depa nikan..lulus spm pun x lagi...dah nk berpasang2...belajar buatla cara belajar...eiii geram

tulah kak...apa lah bdk2 ni fikir. yg lg saya geram ajak geng ramai2 buli bdk tu. saya nk sgt polis wat soal siasat gila2 kt bdk2 pendera tu smpi dorang terkencing dlm seluar
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada seterika boleh kuruskan perut penuh lemak spt margarine masuk kuali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2022 05:26 PM | Show all posts
ninja boy replied at 25-6-2022 05:19 PM
Ada seterika boleh kuruskan perut penuh lemak spt margarine masuk kuali

mcm inikah?

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai iron bagai ni mesti dpt inspirasi dari kes arwah Farhan .  Jahatlah
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai ramai kau berani lah.kau ingat ni zaman mahadhir.bebudak bodoh tak reti report polis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulu pubic baru nak tumbuh....makanpun makpak tanggung.  .
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Asrama sekolah mana ni?
Risaunya la hai perangai budak2  skrg...
Mmg tak cukup kasih sayang, tak matang, tak apa lagi nak tambah??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 25-6-2022 09:26 AM
mcm inikah?

Penipunya yach. Guna model pun yang dah memang sedia badan lawa gitu. Choi la kau.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan babi ka semua budak2 ini sampai hati kering bak iblis?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:38 PM | Show all posts
Mak bapak budak pompuan tu elokla ke balai tengok boifren anak hang sikittt

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 25-6-2022 06:20 PM
Asrama sekolah mana ni?
Risaunya la hai perangai budak2  skrg...
Mmg tak cukup kasih sayang, tak mat ...

Teluk intan adakah sekolah sains? MRSM takde kat situ. Nearest is pasir salak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.076208 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list