CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4335|Reply: 91

[Tempatan] Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal tampung kos bahan mentah

[Copy link]
Post time 24-6-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 24-6-2022 10:47 AM

Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal tampung kos bahan mentah yang menggila
By FAZLI RADZI / June 23, 2022



Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga serba salah untuk menaikkan harga jualan.

Antaranya, Nur Hidayah Arof memberitahu ibunya tahun ini terpaksa berhenti daripada meneruskan perniagaan makanan yang diusahakan sejak 29 tahun lalu.

“Tahun 2019, dengan RM10 ni kat kedai mak saya boleh dapat nasi ayam dua, ABC dua, sirap dua. Sebabnya, nasi ayam RM3.50, ABC RM1 dan sirap ais RM 50 sen.

“Tahun 2022, mak saya tak boleh dah teruskan harga macam tu. Dia jual harga murah sebab kedai dia berdekatan dengan sekolah pondok.

“Dia kesian dekat budak-budak, dia jual murah, 2022, mak saya dah tutup kedai. Dia berniaga sejak tahun 1993,” jelasnya.
Sementara itu, peniaga makanan, Soleha Siti berkata, beliau terpaksa menaikkan harga selain perlu menampung bekalan elektrik dan pelbagai kos bayaran lain.

“Kami yang letak harga pun rasa serba salah. Kesian semua ada tapi tak boleh buat apa sebab kami nak pusing modal balik. Maafkan kami,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai khususnya golongan pekerja di kawasan bandar mengeluh belanja makan tengah hari pun mencecah bahkan melebihi RM10 sekarang.

Terdapat kedai yang sama menaikkan harga makanan sehingga mencecah 50 peratus bagi juadah yang serupa hanya dalam tempoh 24 jam!

“Nasi, sayur dan telur dadar, semalam RM5 saja tapi hari ni RM7.50. Tempat yang sama, menu yang sama, harga belum tentu sama,” kata Haikal Hykal.

Rentetan itu, pelbagai ikhtiar dilakukan dalam usaha berjimat termasuk membeli nasi pada waktu pagi untuk makan tengah hari.

“Akak beli nasi pagi buat makan tengahari. Jimat 2 ringgit,” kata Maziah Deris.

Lebih ekstrem, ada yang makan kenyang-kenyang waktu pagi dengan meninggalkan juadah makan tengah hari.

“Makan pagi pun RM9.50 tapi pastikan kenyang sampai petang,” kata Shah Izuani Asri pula.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 10:55 AM | Show all posts
i malam baru makan . qada yang pagi dan tengahari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2022 11:00 AM | Show all posts
gigahertz replied at 24-6-2022 10:55 AM
i malam baru makan . qada yang pagi dan tengahari

skrg ramai yg makan brunch (breakfast+lunch sekaligus) sbb nak jimat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:05 AM | Show all posts
Abahmung replied at 24-6-2022 03:00 AM
skrg ramai yg makan brunch (breakfast+lunch sekaligus) sbb nak jimat..

i prefer lunch banding breakfast.sebab lunch sah sah makan nasi
kalau breakfast makan mee bihun tu semua
mmg not lasting
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:06 AM | Show all posts
Makcik yang niaga tepi jalan pun kata terpaksa buka seminggu sekali je, minyak & bahan2 kuih semua takde stok. So berehat panjanglah. Kau bayangkan dia buka sehari je, tu pun belum dia mark up harga lagi. Tapi acik tu punya nasi lemak tak kedekut nasi cuma pedas berapi kau, boleh bawa gaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:23 AM | Show all posts
rakyat perlu masak di rumah, jgn makan luar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2022 11:24 AM | Show all posts
Kenapa tak naikkan harga dulu. Kalau tak laku baru tutup.

Step by step la makcik.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:25 AM | Show all posts
gigahertz replied at 24-6-2022 11:05 AM
i prefer lunch banding breakfast.sebab lunch sah sah makan nasi
kalau breakfast makan mee bihun tu ...

Kan dia tulis brunch.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 11:26 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 24-6-2022 11:06 AM
Makcik yang niaga tepi jalan pun kata terpaksa buka seminggu sekali je, minyak & bahan2 kuih semua t ...

Ha ha ha... sebelum gaduh, carut dulu


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
29tahun berniaga...kalau bangsa lain......dah boleh retire makan hasil jerih keringat 29tahun iteww...hanya bangsa sabsidi aja yg masih merungut kena tutup bisnezz sebab meningkatnya harga bahan mentah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 24-6-2022 11:23 AM
rakyat perlu masak di rumah, jgn makan luar...

Masak dirumah sekalipun, nak beli bahan mentah boleh pakai bulus peks keww ipan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:34 AM | Show all posts
stingerbumpy replied at 24-6-2022 11:28 AM
Masak dirumah sekalipun, nak beli bahan mentah boleh pakai bulus peks keww ipan?

at least slightly cheaper than dining out bro...makan luar ni at least triple the cost...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:35 AM | Show all posts
kalau kita masih menghargai masyarakat kita, maka kita perlu penyelesaian dan laksanakan secara menyeleruh. .. tatapi sekiranya kita hanya value individu silakan guna survival of the fittest.

jika guna value yang kedua itu...makcik tu perlu terus berniaga dengan tolak kos kepada pengguna, pengguna kena beli sebab mereka akan mati kalau tak beli..jadi disini pengguna akan mati dan susah terlebih dahulu dipijak oleh orang yang lebih pandai.. sesenang itu gamenya......  

cuma ada balanya...iaitu yang takutnya bila keadaan melampau seorang pengguna boleh bertukar jadi penyamun dan samun dan mungkin dengan pakej kecederaan kepada makcik tu jika kejadian pertukaran itu berlaku ... bagus juga sebenarnya kalau berlaku kepada orang yang namanya leader2 dan pembuat dasar dinegara ini lah supaya ikut sama merasa apa akibatnya jika gagal mentadbir dan sebenarnya hanya pentingkan diri sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:19 PM | Show all posts
dh kalo 30 tahun meniaga kedai mcm tu jugak tak evolve.. emmmmmmmmmmmmmmmmmm toksah la bg alasan nak tampung harga mentah bagai, kedai lain yg meniaga 5-10 tahun elok je survive... saban tahun ko meniaga 30 tahun tu xde untung ke ? xde inisiatif nak evolve ke ? pd pemerhatian iols, kedai tu kalo masakan mmg sedap bayar lebih rm1-3 drpd harga biasa kedai lain pun akan ada pelanggan tetap punyer....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:20 PM | Show all posts
harapnya bila ramai bising psal harga makanan naik makin kurg la kes obesiti negara... iols takut sebaliknya makin naik plak kes obes nnt how?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 12:21 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 24-6-2022 12:24 PM

kalau kesian dengan budak2 or org yg tak mampu, boleh buat versi bajet.

kat melaka ni maseh boleh dapat nasi lemak RM1 dan burger RM2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:22 PM | Show all posts
kalau beras naik harga, baru terciduk.
kena makan ubi kayu
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:29 PM | Show all posts
Orix replied at 24-6-2022 12:20 PM
harapnya bila ramai bising psal harga makanan naik makin kurg la kes obesiti negara... iols takut se ...

sama je.. makanan tak berkhasiat lagi murah dari makanan berkhasiat ie fastfood..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi, telur dadar & sayur RM5.....
Tak blh dpt untung?....
Nak untung 400% ke?....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.100419 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list