CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 13

"Sebab Ni Orang Malas Bawa Anak," – Netizen Panas Hati Pakcik Tolak Kanak-Kanak Dalam Masjid

[Copy link]
Post time 24-6-2022 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Facebook Shahrul Hisham


Sudah menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak bermain tidak mengira masa dan tempat. Biasalah kadang-kala kita melihat mereka bermain sambil menjerit-jerit kerana seronok bermain bersama rakan-rakan mereka. Sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang dewasa untuk menasihati mereka supaya menjaga tingkah laku.


Namun lain pula ceritanya menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shahrul Hisham. Video itu memaparkan sekumpulan kanak-kanak berada di dalam sebuah masjid namun tiba-tiba telah ditolak sehingga terjatuh oleh seorang lelaki.





Menurut sumber, kanak-kanak tersebut dikatakan telah menganggu jemaah ketika sedang solat berjemaah. Hanya kerana kanak-kanak itu bising, seorang lelaki tua sanggup menolak kanak-kanak itu sehingga terjatuh. Hal ini menyebabkan ramai netizen panas hati dengan tindakan kasar lelaki tersebut.


Walaupun mungkin kanak-kanak itu salah kerana tidak menghormati jemaah lain yang sedang solat berjemaah, lelaki tersebut sepatutnya menasihati mereka dengan baik dan bukannya menolak kanak-kanak tersebut dengan kasar.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam sikap lelaki berkenaan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Disamping itu, ramai juga yang mengatakan bahawa tindakan lelaki itu boleh menjadi salah satu sebab ramai kanak-kanak tidak mahu menjejakkan kaki di masjid. -CARI





Sumber: Facebook Shahrul Hisham






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 10:41 AM | Show all posts
Jenis panas baran bipolar ni. Orang sekeliling pulak yang kena berhati2 dek taknak trigger baran org cmni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:53 PM | Show all posts
mak datuk tolak sampai tergolek budak2 tu
nak tegur pun, tak payah lah kasar macam tu. body contact

dan in the first place, apesal pisahkan saf orang tua dengan kanak2?
bagi je budak2 tu masuk saf depan, apit kiri kanan orang dewasa. takde la dia nak main dengan kawan2

tempat kami dulu2 je pisahkan saf
lepas tu diorang suruh budak2 masuk saf sekali. settle masalah

yang tak nak solat jemaah, tapi main2 kat luar masjid, ada ustazah mengaji ronda pegang rotan
sebab budak2 ni kalau main, tiba2 bergaduh pulak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:35 PM | Show all posts
Sikap macam ni buat kanak2 menjauhi masjid dan bila dari kanak2 dah menjauhi pasti akan berterusan hingga dewasa.  Siapa pulak nak dipersalahkan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni pula anak siapa. Ganas semacam. Kalau cedera anak org, naya kau pakcikk. Sabo sikitle
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik mcm lepaskan amarah yg terpendam je pakcik Tadi kena marah dgn makcik kat rumah ke? Pasal mengopi lama sgt dkt kedai Milah Janda?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg iols masa kecik dulu pnh kena angkat dgn pkcik masa tgh solat. Dia prgi letak saf blakang. Lama jgk dia trauma nk prgibmsjid. Ayh pun masatu tak paksa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah bawak budak tu,kawal la peel dia.jangan buas sangat macam tak pernah keluar rumah..berlari dari depan sampai belakang,siap pusing saf mana orang tak hangin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I pernah pergi solat berjemaah, ada sorang budak lelaki ni, time jemaah sujud, dia berlari sepanjang kepala jemaah, bila jemaah bangun, dia duk diam2 tepi pintu. Ada sorang jemaah ni siap tunggu, bila jemaah sujud, dia berlari, jemaah ni pegang kaki dia sampai jatuh tertiarap. Terpaksa jemaah ni batalkan solat dia demi menjaga solat jemaah2 lain.

U kenal anak U, so U patut tahu boleh bawak dia ke masjid atau ke mana2 majlis atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pdan muka budak tu, bgus. Mmg adapun budak2 yg buas nk mmpus time dlm Msjid, trpekik2 smpai mnganggu jemaah tpi makpak buat bodoh je, setan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 25-6-2022 06:09 PM
I pernah pergi solat berjemaah, ada sorang budak lelaki ni, time jemaah sujud, dia berlari sepanjang ...

Aiol mmg padankn muka budak tu sbb iol dlu prnh alami time Tarawih, ada budak2 yg trpekik2, trlari2 & trlompat2 pastu mak budak tu x tgur ank sheol pun yg prangai camtu, sheol buat bodoh je smpaikn Imam trpksa tgur pkai mic sbb budak2 tu dh trlalu mnganggu concentration org nak & tngh smbhyg. Yg komen2 tu acah2 baik je, cubalah bila dorg alami sndri kat Msjid, time smbhyg pstu ada budak2 trpekik2 mngalahkan mcm kna rasuk, mahunya dorg pun maki hamun budak2 prangai camni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by gideoncross at 26-6-2022 09:12 PM
Belibis replied at 25-6-2022 02:45 PM
Kalau dah bawak budak tu,kawal la peel dia.jangan buas sangat macam tak pernah keluar rumah..berlari ...


Bila x pndai kawal budak, last2 kluar alasan "Alaa, budak2 lgi, biarlh". Zmn iol dlu siaplah klau bising2 kat Msjid smpai mnganggu jemaah, mmg lps tu mkn sedas pnampar package dgn kna cubit, bebel & rotan/tali pinggang, smpai skrg msih ingt & x brani buat hal. Budak2 skrg makpak lahir thun 90an jnis mnja kn ank2, jdi kna tgur skit, dah itu ini, x kuat nak hadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 26-6-2022 09:09 PM
Bila x pndai kawal budak, last2 kluar alasan "Alaa, budak2 lgi, biarlh". Zmn iol dlu siaplah klau  ...

Terus  buat alasan,taknak bawak budak ke masjid..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:41 PM | Show all posts
Belibis replied at 26-6-2022 09:56 PM
Terus  buat alasan,taknak bawak budak ke masjid..

Bezanya makpak dlu dan skrg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064892 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list