CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3559|Reply: 46

[Dunia] Kelajuan 5G, Malaysia Kedua Terpantas Di Dunia Di Belakang Korea Selatan dan No.1 didunia kelajuan muat naik pada 50.3 Mbps.Anda terkejut?Bincangkan(12 markah)

  [Copy link]
Post time 24-6-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 24-6-2022 12:25 AM

Malaysia dilapor berada pada kedudukan kedua terpantas di dunia dari segi kelajuan 5G, hanya satu anak tangga di belakang Korea Selatan.

Dalam analisis terbaharu mengenai peneraju dunia 5G, selain berita mengenai Malaysia itu, terdapat juga info-info menarik mengenai ‘peserta’ baharu dalam carta 15 teratas merentas ukuran capaian rangakain mudah alih 5G dan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan penanda aras 5G kali terakhir pada bulan Mac lalu.

Memetik Open Signal, Bulgaria telah memasuki carta menerusi enam kategori kedudukan tertinggi terutamanya pada tahap Kelajuan Muat Turun 5G (316.8 Mbps), namun ketika ini Korea Selatan masih menduduki carta teratas, tempat yang pertama.

“Puerto Rico kukuh dengan Ketersedian 5G, Jangkauan 5G dengan Peningkatan Pengalaman Video namun tidak tersenarai dalam carta 15 teratas di kawasan lain.

“Walaupun Singapura kekurangan spektrum, tapi turut tersenarai dalam pasaran 15 teratas global di atas Kelajuan Muat Turun 5G,” lapor Open Signal.

Manakala, Malaysia melonjak naik dalam ketiga-tiga kategori kelajuan 5G termasuk Pengalaman Permainan (games) 5G.

Malaysia berada di tangga kedua, dibelakang Korea Selatan dari sagi kelajuan muat turun dengan kelajuan 382.2 Mbps. Manakala dalam kedudukan kelajuan tertinggi muat turun yang berjaya dicapai, Malaysia juga berada di tangga kedua di belakang Taiwan dengan kelajuan 880.3 Mbps

Namun, yang paling mengejutkan, Malaysia berjaya menduduki tangga pertama dari segi kelajuan muat naik pada 50.3 Mbps.

Bagaimanapun, Open Signal berkata ia masih terlalu awal untuk menilai pencapaian 5G di Malaysia memandangkan ia masih baharu untuk pasaran negera tersebut dan setakat ini hanya dua syarikat telekomunikasi sahaja yang menawarkan perkhidmatan tersebut selain faktor pengguna yang masih sedikit.

Kajian sebenar untuk pasaran Malaysia akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang apabila beberapa syarikat lain telah memasarkan 5G, ketika itu akan dapat lihat penggunaan pasaran besar-besaran yang sebenar.

Dalam pada itu, Korea Selatan terus mengungguli carta secara global dengan purata Kelajuan Muat Turun 5G tertinggi (432.7 Mbps) sekali lagi dan Pengalaman Permainan (games) paling atas (89.6).

Korea Selatan masih kekal di kedudukan teratas kelajuan 5G secara global di mana dalam penanda aras terakhir pada bulan Mac lalu dimana hanya terdapat tiga pasaran yang melepasai kelajuan 300 Mbps.

Kini, enam buah negara tercatat dengan kelajuan melepasi 300 Mbps iaitu Korea Selatan, Sweden dan UAE seterusnya disertai oleh Bulgaria, Norway dan juga Malaysia, walaupun Malaysia adalah sesuatu yang anomali kerana penggunaan 5G yang terhad setakat ini.

Pengalaman 5G di Malaysia mungkin akan menurun secara mendadak apabila lebih ramai pengguna dan lebih ramai lagi pengandali akan menyokong rangkaian tersebut.




Sumber: Open Signal

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju-laju senang nak tengok porn, tak ada buffer-buffer
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 24-6-2022 12:53 AM

Sape yang bagi data ney?  Penipoo sangat!  Ape nama telco yang laju sangat ni??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 24-6-2022 12:51 AM
Sape yang bagi data ney?  Penipoo sangat!  Ape nama telco yang laju sangat ni??

Pki 4g lagi ke bro .hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa ler awal2, msia mesti buat yg kaw2, pastu bila negara lain keep on upgrade, kita disitu juga. Walau saploh duaploh tahun gitu jela. Msia pun nk jadi negara terpaling juga ker
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:10 AM | Show all posts
baca boleh percaya jgn.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2022 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar boleh percaya jangan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 06:01 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 24-6-2022 12:51 AM
Sape yang bagi data ney?  Penipoo sangat!  Ape nama telco yang laju sangat ni??

hahahahahahaha..kan kan kan....i better keep shhhhh..hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
4G pun terbatuk2, laju pala lanchow mende
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling laju kaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Memandai2 je kan oksana ckp kat anak dia tak dpt video call abegong sbb takde 5G. Tag oksana sinih!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ex wife abe kata msia tak de 5G.....



Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 08:21 AM | Show all posts

Musti Ko Antuvax

ejans replied at 24-6-2022 01:10 AM
Pki 4g lagi ke bro .hahaha

Antuvax & 5G berpisah tiade bro..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Yoodo tak ada pun lagi 5G dek…?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 09:28 AM | Show all posts
kah kah kah... kura-kura lagi laju... puiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 09:46 AM | Show all posts
masuk kampung sedih gila, 4g pun serupa gprs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 09:49 AM | Show all posts
report seperti ini mengelirukan.  

aku rasa memang laju tetapi setengah tempat sahaja semasa orang yang pakai sangat sedikit. .. Cabaran sebenar ialah kemampuan service provider untuk mengekalkan tahap kelajuan tinggi bila ramai yang pakai. Klu 15 orang pakai dah jadi seperti kura-kuran maka tak ada guna. sekarang syarikat telco diseluruh dunia kena aim masih tak cluttered walaupun ramai yang pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:05 AM | Show all posts
Bekas janda Abegong cakap kat anak sheolls, tak dapat contact ayah sebab sini takde 5G
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:08 AM | Show all posts
adoi laju nya melantun lantun laju... rasa nak lompat2 kegumbiraan dengan pencapaian terlaju tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:05 AM | Show all posts
sebab tak ramai guna

tu yang bandwith tinggi lagi kot

nanti dah ramai guna mesti lembap cam 4g jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.578074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list