View: 4582|Reply: 93
|
[Tempatan]
Najib Cadang Naikkan Harga Petrol RON95 untuk mengekang subsidi mengalir kepada T20.Golongan T20 tidak kisah dan tidak terkesan jika harga makanan tinggi.Bernas tak idea ini?.Bincangkan (25 markah)
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 23-6-2022 05:17 PM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mencadangkan agar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak RM0.10 atau RM0.20.
Menurut beliau, hal ini kerana subsidi minyak petrol secara pukal oleh kerajaan yang sepatutnya memberi manfaat pada golongan B40 dan M40 turut sama dinikmati oleh golongan T20.
Najib turut kurang bersetuju dengan pemberian subsidi minyak petrol secara pukal kerana sistem subsidi di negara ini lebih memberi manfaat buat golongan orang kaya.
Katanya lagi, penurunan sebanyak 65% jualan RON97 adalah bukti yang jelas bahawa sebahagian besar orang kaya dan berkemampuan telah bertukar ke minyak RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.
Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank
“Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank. Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05. Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia, jauh lagi murah banding Arab Saudi dan UAE.”
Datuk Seri Najib Razak
Menurut Najib, jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.
“Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut ahli Parlimen Pekan itu lagi, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan ini dengan cara mengapungkan harga minyak iaitu menaik dan menurunkan harga minyak petrol mengikut harga pasaran dunia.
“Penjimatan daripada ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Bagaimanapun, kadar inflasi yang tinggi dialami seluruh dunia membuatkan penarikan subsidi minyak secara sepenuhnya tidak sesuai dilaksanakan.
“Jangan sentuh harga diesel ketika inflasi masih tinggi sekarang kerana ia berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi,” jelasnya.
“Naikkan duti eksport dan cukai durian runtuh” – Najib
Selain itu, Najib turut menyarankan kerajaan menaikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan dan harganya tinggi.
Jelas beliau, hal ini kerana ia dibayar oleh pembeli asing dan juga syarikat peladangan besar jadi ia bukan dibayar oleh peneroka.
“Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 dan T40 setiap tiga bulan selagi kadar inflasi masih tinggi.
Datuk Seri Najib Razak
“Golongan T20 tidak kisah dan tidak terkesan jika harga makanan tinggi namun ia merupakan tekanan yang besar bagi golongan B40 dan sebahagian besar golongan M40.
“Pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40,” ujarnya lagi.
Beliau mengupas isu mengenai lonjakan harga ayam dan telur selepas kerajaan umum akan menarik balik subsidi yang diberikan serta kemungkinan tinggi tarif elektrik turut menaik.
SOURCE: AWANI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Subsidi ni semua orang dapat termasuk warga asing. Jadi aku sokong sangat kalau kerajaan hapuskan. Kalau nak bagi subsidi pun elok untuk barang/perkhidmatan yang kerajaan boleh kawal macam bayaran klinik,hospital, pengangkutan. Senang nak pantau dan takda la sampai warga asing pun dapat harga subsidi.
Sapa pakai lebih, kena la bayar lebih. Bukan mcm skrg pakai lebih, lagi banyak subsidi dpt. Secara tak langsung akan didik rakyat lebih berhemah dan tak membazir. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan boleh buat kalau takda hasutan dari ahli politik bangsat.
Try potong elaun dengan pencen korang dulu la. |
|
|
|
|
|
|
|
BaiKlah sbb najib yg cadangkan iols sokonglah. Ari tu nmpk ada pak cik tu muka x puas hati sbb terpandang dia isi Ron95 dlm kete merc dia. Iols x judge pape pun dia yg terasa.... |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 23-6-2022 06:44 PM
Kerajaan boleh buat kalau takda hasutan dari ahli politik bangsat.
Try potong elaun dengan pencen ko ...
Iols sokong potong gaji dan elaun pegawai2 kerajaan yg T20 kayangan dulu. Juga GLC2 kalo bole... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa masa zaman kau PM kau tak buat, baru sekarang baru nak gagap2 ckp. Iols flip hair je dgn jibon ni. Anything dia ckp sekarang iols gth kan jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apa cara nak implimenkan tuw...nak ulur duit lg ke pd B 40. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha..ko dah knp najib... |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 23-6-2022 06:44 PM
Kerajaan boleh buat kalau takda hasutan dari ahli politik bangsat.
Try potong elaun dengan pencen ko ...
Election nk dekat dah...bulan 9 ni kalau x silap... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau najib & anak2 dia masing2 bayar cukai yg berbilion2 tu, mcm2 benda boleh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissYouSayang at 23-6-2022 08:04 PM
Bodohnya jibby ni. Cara ckp mcm diri sendiri x pernah songlap duit rakyat jah. Kau pun sama jah potong kek tp portion ko paling byk. Pastu ada hati nak mengate t20 plak. MUKA TAK MALU OOO JIBBY NI |
|
|
|
|
|
|
|
Pada ko duk sibok nak cut subsidi baik laa ko cut gaji puak2 politaikk puak2 kayangan yg tarak guna tu. Menghabiskan borasss sajoo.. Ad berani ke nk bagi cadangan mcm nie? Memangg xlaaaa jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sy nk komen sbb nk 25 markah tu.
Dah la merompak. Cukai tak bayar. Cakap senang ikut bibir kau je. M20 ni kesempitan. Apa la malaysia ni behirarki bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibarat perdana menteri a. k. a perompak ambil duit rakyat - bijan |
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu kitorang isi minyak ron95 sebab dah tak larat sangat tiap2 kali isi full tank minyak merah cecah 200 skali isi. Minta maaf ya kalau terambil hak yang lebih memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukai dia x bayo..sibuk dia nak naikkan Ron95.. Bodo btl sape yg msh sokong dia . |
|
|
|
|
|
|
|
Byr cukai tu dulu najibf |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 23-6-2022 08:14 PM
Cukai dia x bayo..sibuk dia nak naikkan Ron95.. Bodo btl sape yg msh sokong dia .
Khuenst. Kebodohan sungguh spe masih sokong najib ni….. interest hutang 1mdb lagi tggi drpd subsidi utk rakyat… puiii |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 23-6-2022 08:26 PM
Khuenst. Kebodohan sungguh spe masih sokong najib ni….. interest hutang 1mdb lagi tggi drpd subsi ...
Tu ramai yg menang kan dia kat FB tu..x tau la cybertrooper dia ke atau mmg penyokong dia..mcm vanggang duk sokong org mcm ni.. ehh dgn isu 1mdb.. Gan seleweng duit sana sini..boleh x tau malu ckp itu ini lg..patut ye jawatan dia sebagai MP dah kn tarik.. ni makin menjadi2 lps jamuan hari raya bersama jagong.. sakit Ati aku..kita ni bujet kumain la..deme kemana2 escort polis..makan free,minyak free..hawau btl |
|
|
|
|
|
|
|
Watlah apa yg difikirkan terbaik asalkan jgn end up jd Sri Lanka |
|
|
|
|
|
|
| |
|