CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 1

Lelaki Nekad Tikam Kawan Kerana Syak Ada Skandal Dengan Bini

[Copy link]
Post time 23-6-2022 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga China nekad menikam rakan sendiri selepas mengesyaki mangsa menjalin hubungan sulit dengan isterinya.


Memetik laporan RCTI Plus, video CCTV yang memaparkan kejadian kejadian yang berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat itu tular di media sosial sejak Jumaat lalu.


Mangsa yang juga merupakan seorang warganegara China dilihat sedang duduk bermain telefon di dalam sebuah bilik sebelum didatangi suspek yang membawa pisau yang dibalut dalam plastik.




Ruang Info.com




Tanpa teragak-agak, suspek mengeluarkan pisau terbabit dan terus menikam mangsa.


Kelihatan beberapa orang rakan mereka yang lain tiba di tempat kejadian dan menghalang suspek daripada bertindak dengan lebih ganas.


Pikiran Rakyat melaporkan, Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Barat, AKBP Joko Dwi Harsono berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 19 Jun di kawasan Tanjung Duren, Jakarta Barat dan siasatan sedang dijalankan.


Sementara itu, mangsa yang menerima rawatan rapi di hospital dilaporkan semakin pulih.




Sumber: Siakap Keli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 01:22 AM | Show all posts
mana bininya............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.055923 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list