CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1555|Reply: 23

Jemaah Tolak 3 Budak Lelaki Sampai Terlentang Dalam Masjid, Dakwa Buat Bising Sampai Tak Khusyuk Solat

[Copy link]
Post time 23-6-2022 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Rakaman seorang lelaki menolak tiga kanak-kanak yang berada di saf belakang di sebuah masjid ketika jemaah lain sedang bersolat mengundang kemarahan sesiapa sahaja yang menontonnya.


Berdasarkan video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 27 saat itu, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan kanak-kanak berkenaan yang dilihat berlari dan bermain sesama mereka di saf paling belakang.


Perlakuan kasar dan agresif itu menyebabkan dua daripada tiga kanak-kanak itu jatuh ke lantai.


Kesal dengan apa yang berlaku, seorang individu bernama Shahrul Hisham berkongsi semula video berkenaan di Facebook dan menegur si pelaku.






"Masa Nabi solat, cucu Baginda main-main sampai naik atas tubuh Baginda. Tak ada Baginda nak marah.


"akcik dalam video ni confirm masuk syurga ke sampai nak terajang anak orang. Pakcik tahu tak, generasi inilah nanti yang akan penuhkan saf tu bila pakcik mati," tulisnya dalam posting di Facebook.


Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan lelaki terbabit boleh menjadi punca golongan muda mula menjauhkan diri daripada menunaikan solat di masjid.


Tambah Shahrul yang bersimpati dengan apa terjadi pada kanak-kanak itu, dia menyalahkan lelaki terbabit jika dia rasa terganggu dan tidak khusyuk ketika beribadah.







"Generasi inilah yang mungkin tak akan jejak kaki ke surau atau masjid sebab malas nak bertelagah dengan 'ahli syurga' macam pakcik.


"Kalau pakcik tak khusyuk, tu masalah pakcik. Bukan masalah budak-budak tu. Nabi solat waktu perang elok khusyuk.


"Khusyuk atau tak, bergantung pada iman, pada fokus dan pada niat. Kalau dah memang pasang niat nak salahkan budak-budak tu, sampai mati pun pakcik takkan khusyuk.


"Budak-budak nak mengenal solat, jemaah, surau dan masjid. Normal kalau perangai macam tu. Pakcik dulu kecil-kecil baik sangat ke," luah Shahrul.


Berikutan video yang menjadi tular, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati dan kecewa dengan tindakan lelaki terbabit.


Semakan mStar mendapati netizen menyatakan rasa marah serta meluahkan pendapat masing-masing dengan lagak 'samseng' yang ditunjukkan lelaki ini.


"Dengan kelakuan macam ni tak terkejut pun kalau budak-budak ni tak nak datang surau atau masjid. Rasa nak menangis budak diperlakukan macam tu. Beruntunglah mana-mana tempat yang masih ada suara budak di dalam masjid atau surau.


"Aku tak setuju langsung pakcik tu buat teguran macam tu. Sangatlah tak sepatutnya. Parents pula sebaiknya kena selalu beritahu anak-anak dan didik mereka adab sepatutnya apabila berada dalam masjid.


"Sebab orang macam ni la anak aku merajuk tak nak pergi masjid. Umur dia lima tahun ikut suami pergi masjid. Nak solat sebelah ayah tapi kena paksa dengan orang masjid suruh solat dekat belakang sekali dengan budak lain.


"Akhirnya, suami solat tak tenang, anak pula merajuk tak nak solat," komen netizen berikutan video yang tular.


Berdasarkan audio daripada rakaman berkenaan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Indonesia. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 02:49 PM | Show all posts
amboi eksen nya dgn bebudak je pun

macam dah tukar nama dalam geran masjid letak nama ko ye pakcik

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah pakcik dah kenapa? Toksah la pi mesejid camni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak org lain....cer anak ko or cucu ko kena tolak mcm tu, ada ke ko terajang cucu ko juga?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Siti kazim tak nak komen ke yang ni? Dah ada tempat di syurga ke dengan perangai gitew? Serupa dia je terpaling nak beribadat, bebudak toksah sibuk2 nak solat bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:06 PM | Show all posts
bila 1 mesia bising, pakcik tu ada kad oku/mental pulak... hermm.. kalau anak aku yg kena mmg mampus rentua tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 23-6-2022 03:06 PM
bila 1 mesia bising, pakcik tu ada kad oku/mental pulak... hermm.. kalau anak aku yg kena mmg mampus ...

Kau nak buat apa je dek? Kau ada six pack ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:08 PM | Show all posts
bodo punye org. adama tu eksklusif utk dia sorang je kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 03:12 PM | Show all posts
pooh~key replied at 23-6-2022 03:08 PM
Kau nak buat apa je dek? Kau ada six pack ke sis?

aku mmg x ada sixpet, tp jgn lupa tgn yg hayun buai tu leh goncang dunia..

mmg mampos lah !!! try touch my kid, mmg caucibaiaa aaa...


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:18 PM | Show all posts
Sendiri yang kurang lemah budak2 tu pulak yang disalahkan.  Mesti dah selalu buat perangai macam tu sampai kesana pun masih terbawak2 perangai sama.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:20 PM | Show all posts
setajah bieber baca x berita ni agak2
ke scroll je laju2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:20 PM | Show all posts
setajah bieber baca x berita ni agak2
ke scroll je laju2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:23 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 23-6-2022 03:25 PM

lagi rajin pegi masjid, lagi hazab perangai.

itu tanda masjid akhir jaman jauh dari hidayah dan rahmat Tuhan.


DARIPADA Ali bin Abi Thalib RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sudah hampir tiba suatu zaman apabila tiada yang tinggal daripada Islam itu kecuali namanya sahaja dan tiada tinggal daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja. Masjid dibina indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada di bawah langit. Daripada merekalah keluarnya segala fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali."

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
No komen org solat tonggang terbalik hari2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:28 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 23-6-2022 03:33 PM

aku tengok orang pegi mesjid nih, perangai dia lagi keras.
dia punya cara ajak orang pegi masjid sampai sanggup maki hamun orang lain.

orang2 jenis gini memang tak cermin muka sendiri.
orang2 jenis ni la yang menjauhkan orang lain dari datang masjid.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:31 PM | Show all posts
pakcik caprut indon be like:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pakcik x nk buat sidang media ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 23-6-2022 03:12 PM
aku mmg x ada sixpet, tp jgn lupa tgn yg hayun buai tu leh goncang dunia..

mmg mampos lah !!! try ...

Wow i like your spirit sistah!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 04:32 PM | Show all posts
kalau masa kecik dia selalu datang masjid mesti dia lebih paham
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun annoyed kids bising2 jerit2 kat belakang masa terawih tapi dah namanya budak. Husband aku mmg letak anak kat sebelah dia masa solat jumaat. Kalau masjid tu tak kid friendly dia cari masjid lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.072311 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list