CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2982|Reply: 10

Siasat semula kes kematian bayi Syifaa' - Che' Puan Besar Khaleeda

[Copy link]
Post time 23-6-2022 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan atau lebih dikenali sebagai Syifaa ketika dalam jagaan di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari lalu, perlu disiasat semula.

Isteri Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam membuat gesaan itu menerusi hantarannya di Instagram, semalam.

Dalam hantaran pertama pada petang semalam, Che' Puan Besar Khaleeda berkongsi hantaran bapa kepada bayi berkenaan, Yuseri Yusoff yang memuat naik gambar kecederaan bayi terbabit serta laporan bedah siasat yang meragukan dengan peringatan mengenai tarikh sebutan semula kes inkues di Mahkamah Koroner Seremban, 29 Jun ini.

Che' Puan Besar Khaleeda yang meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa turut menandakan nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.


Hantara kedua Che' Puan Besar Khaleeda juga menyuarakan pendapatnya yang melihat kecederaan bayi itu yang dikatakan akibat terjerut tali buaian seperti tidak masuk akal.


"Bagi saya tidak masuk akal 'Baby' (bayi) Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret," tulisnya.

Che' Puan Besar Khaleeda kemudiannya berkongsi lagi hantaran Yuseri yang dibuat pada 24 Mac lalu dengan mempersoalkan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan sebegitu kepada seorang kanak-kanak yang tidak berdaya.

"How can someone do this to a helpless child (Bagaimana seseorang boleh lakukan perkara ini ke atas kanak-kanak yang tidak berdaya).

"'You need to reinvestigate this case (Kamu perlu siasat semula kes ini)," tulisnya dengan menandakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Rina.

Sementara itu, pada malam tadi, sekali lagi Khaleeda membuat hantaran merujuk kes berkenaan.

"Dan lagi satu yang kawan saya 'pointed out' (tunjukkan), kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, 'will it not show a thicker mari?' (bukankah ia akan menunjukkan kesan yang lebih tebal?) Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis," soalnya.

Media sebelum ini melaporkan, bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang, 22 Februari lalu selepas dibawa pengasuhnya ke Klinik Kesihatan Sendayan untuk rawatan.

Dalam siasatan awal polis, pengasuh bayi itu mendakwa mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian, manakala badannya berada di dalam buaian.

Hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban pula merumuskan tekanan pada leher menjadi punca kematian bayi berkenaan.

Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian bayi perempuan itu ditetapkan semula pada 29 Jun ini di Mahkamah Koroner Seremban.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2022 12:27 PM | Show all posts
pendapat jujur aku..baik cpk nih sambung study amek degree ke ...barulah kata2 atau pendapat dia  lebih dihormati
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 04:04 PM | Show all posts
kesian baby syifa. moga ada keadilan buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju dengan CPK kali ni.. Buat siasatan semula.. Macam ada unsur2 kecuaian je
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan tengok benon tu pun tahu dah benak nya
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nonanje59 replied at 23-6-2022 04:04 PM
kesian baby syifa. moga ada keadilan buat arwah

Betul tu. Sedih baca Kes ni. Semoga ada keadilan untuk arwah.Aminnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka benon
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya CP lagi patut bela nasib ex wife sm faizal. Dia lagi teraniaya sdangkn aku tgk bapak syifa ni lain mcm.dia mcm giler glamer dan terpaling bersyukur n bahagia ya dpt limelight dari cpk. Ade dgr citer kerabat bernombor dm dia offer to help but dia abaikan.mungkin sbb kerabat tersebut offer secara senyap sdgkn cpk bgtao satu malaysia nk bantu dia kemain dia respon.Gilerrr glamorrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 02:41 PM | Show all posts
Constantemente te haré sentir que eres la mujer más extraordinaria y maravillosa del mundo. Este es mi objetivo principal: ayudarte a sonreír y Frase spara enamorarz tener una perspectiva positiva de ti mismo. En el momento en que es una hermosa tarde sin nubes, y usted, por cualquier oportunidad, está afuera, simplemente mire el cielo. Verás un gran número de estrellas. Todos ellos representan una justificación de por qué te atesoro tanto.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
amyfaha replied at 29-6-2022 12:59 AM
Rasanya CP lagi patut bela nasib ex wife sm faizal. Dia lagi teraniaya sdangkn aku tgk bapak syifa n ...


Cp ni patut duduk diam2 saja. Supaya org nampak cp ni bijak  

Cp kena ikut cara ibu mertua dia, cara permaisuri perak n selangor.. beauty with brain.. org bijak2 ni duduk senyap2 buat kerja senyap2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 01:55 PM | Show all posts
WPEngine began in 2010 by Jason Cohen, Ben Metcalfe, and Cullen Wilson.  click hereWPEngine is a secretly held organization that has a top notch network foundation. Its base camp are situated in Austin, Texas, and the United States.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049557 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list