CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 0

Shukor pelumba terakhir dipilih sertai Kejuaraan Motocross Dunia

[Copy link]
Post time 23-6-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba motocross negara, Muhammad Shukor Kamarudin dipilih membawa cabaran negara pada Kejuaraan Motocross Dunia MXP di Samota-Sumbawa, Indonesia hujung minggu ini.

KUALA LUMPUR: Seorang lagi pelumba motocross negara dipilih untuk melengkapkan empat tiket 'wildcard' bagi menyertai Pusingan 12 Kejuaraan Motocross Dunia MXGP 2022 yang dijadual berlangsung di Samota-Sumbawa, Indonesia hujung minggu ini.

Muhammad Shukor Kamarudin menjadi pelumba terakhir untuk bersama-sama tiga lagi wakil negara iaitu Muhammad Hakimi Iroly, L Dharwin dan T Patthipat yang buat julung kalinya menyertai kejohanan berprestij dalam arena motocross itu.

Shukor, 33, berkata, peluang diraihnya itu bakal digunakan dengan sebaiknya apatah lagi ini adalah penyertaan julung kali negara di Kejuaraan Motocross Dunia MXGP dan berazam untuk mengharumkan nama Malaysia.

"Saya akan cuba sedaya upaya dalam MXGP di Sumbawa dan mengharumkan nama Malaysia," kata Shukor ketika ditemui dalam majlis pelepasan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.


"Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Ini kali pertama dalam sejarah dan sudah pasti saya dan rakan sepasukan yang lain akan cuba yang terbaik mungkin."

Shukor adalah pelumba senior dalam pasukan ALS Motorsports dan baginya, pengalaman dimilikinya akan dikongsi bersama rakan sepasukan bagi mengharungi cabaran di Indonesia nanti.

"Ini tanggungjawab bersama dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. Mungkin kalau ada pengalaman lebih itu, kami akan kongsi bersama. Saya mungkin sedikit berusia daripada yang lain dan sekiranya ada pengalaman yang kurang atau lebih itu, kami akan kongsi bersama untuk mengharumkan nama Malaysia," katanya.

Di Indonesia nanti, Shukor dijadual menyertai kelas MX1 450cc manakala Hakimi, Dharwin dan Patthipat beraksi dalam kelas MX2 250cc.
https://www.bharian.com.my/sukan ... aan-motocross-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.058853 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list