CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 9

Video Wanita Cabut Palang Parkir Tular, Dah Cabut Siap Ambil Gambar

[Copy link]
Post time 22-6-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita menanggalkan palang parkir di sebuah bangunan menjadi tular di media sosial hari ini.


Menerusi rakaman berkenaan, wanita yang memandu seorang diri itu dilihat turun daripada kenderaannya sebelum sedaya-upaya menolak palang tersebut sehingga tercabut.


Wanita itu kemudian dilihat mengambil telefon bimbitnya dan merakam gambar palang yang tercabut itu.








Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku dan dipercayai rakaman itu ditularkan oleh pihak pengurusan bangunan tersebut.


Menjengah ke ruangan komen rata-rata orang ramai terkejut dengan kekuatan wanita tersebut yang menyebabkan tapak palang berkenaan tertanggal dari lantai.


“Mesti jenis pemarah orangnya, tapi boleh rasional lagi dia tak langgar palang itu guna kereta dia,” kata ZaZa.


“Lepas ini kena bayar denda rosakkan harga benda atau terpaksa meringkuk dalam penjara merenung masa hadapan. Jangan ikutkan sangat perasaan marah,” kata Rohim.


“Sempat lagi kakak ini ambil gambar, nak ‘update’ kot ‘Done marah’,” kata Danny.


“Sebabkan kakak ini ambil gambar, saya yakin kejadian ini berlaku di Malaysia,” kata Faidzal.


“Macam-macam nak tanya, dia tak cuba hubungi ‘intercom’ ke mana tahu ada masalah teknikal. Perbuatan dirakam CCTV, pihak pengurusan boleh kenakan tindakan,” kata Siti.


Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 24,000 kali dan mendapat lebih 300 reaksi daripada pengguna Facebook. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 04:17 PM | Show all posts
Karen Malaysia sempat ambik air cuci dosa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape dia cabut palang tu? Tekan jelah butang interkom tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:04 AM | Show all posts
kemain bertenaga ko ye.. marah sgt tu.. hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:31 AM | Show all posts
Perempuan bila marah kalah org lelaki...kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:31 AM | Show all posts
Perempuan bila marah kalah org lelaki...kikiki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2022 10:46 AM | Show all posts
tangan yg dulunya menghayun buaian kini mampu mencabut palang...

sekian peribahasa 2022.

DBP, sila ambil maklum
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 23-6-2022 10:46 AM
tangan yg dulunya menghayun buaian kini mampu mencabut palang...

sekian peribahasa 2022.

Alangkan dunia boleh digoncang, apa la sangat palang parking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kad akses problem, pakgad plak takde, interkom tak function. So dia turun cabut palang, snap gambar sebagai bukti. Tak pasal2 kau kena gari nanti sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 03:20 PM | Show all posts
Dia ingat dia tinggal zaman wild wild west semua ikut peraturan dia sendiri siap ler nak kena menjawab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.114997 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list