CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 0

Hakimi mahu guna pengalaman tawan Cub Prix di Terengganu

[Copy link]
Post time 22-6-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Idemitsu Honda Yam Racing, Md Farid Hakimi Farid Sezli dalam satu perlumbaan sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba Idemitsu Honda Yam Racing, Md Farid Hakimi Farid Sezli sedia menggunakan pengalaman beraksi di Litar Terengganu pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 pada Jumaat dan Sabtu ini.

Farid yang meraih penamat kedua dalam kelas Wira di Terengganu musim lalu berkata dia menyukai litar berkenaan yang disifatkan bersesuaian dengan dirinya yang gemarkan cabaran.

"Strategi saya adalah untuk menggunakan pengalaman yang diperoleh di Terengganu apabila saya meraih tempat kedua di podium (musim lalu) untuk mengukuhkan kedudukan.

"Bagi saya, Litar Terengganu agak mencabar kerana mempunyai banyak selekoh. Namun begitu ia adalah satu kelebihan bagi saya kerana saya suka trek yang mencabar. Saya berharap dapat mengumpul mata sebanyak mungkin untuk mencapai sasaran pada tahun ini," kata Farid.

Pada pusingan sebelum ini di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan), Farid menamatkan perlumbaan di tempat keenam dengan catatan 9 minit 50.374 saat (s), 9.805s ketinggalan di belakang pemenang dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing, Md Syamil Amsyar Md Iffende.

Selepas tiga pusingan musim, Farid kini mengumpul 64 mata untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan manakala rakan sepasukan Syamil, Md Aqil Danial Nasrul mendahului carta dengan 107 mata.

Sementara itu, ketua mekanik pasukan, Azlan Shah bin Saidun Hardi berkata, mereka mempunyai perancangan untuk melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap jentera selepas memperoleh keputusan yang baik di Sepang pada Pusingan 3 lalu.

"Di Pusingan 3, kami ada mengubah pelarasan jentera dan ia membuahkan hasil. Walaupun tidak berada di podium tetapi bagi kami strategi itu memang berjaya. Semua pelumba dalam kelas ini hebat namun kami akan kekal konsisten untuk melakukan yang terbaik.

"Bagi Pusingan 4, kami ada membuat pengubahsuaian lagi tetapi ia tidak begitu ketara. Kami masih mempunyai data tahun lalu, jadi kami akan menggunakan data berkenaan nanti," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -prix-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.122087 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list