CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 670|Reply: 0

Pelumba cilik rebut tempat ke Valencia

[Copy link]
Post time 21-6-2022 04:56 PM | Show all posts |Read mode

PELUMBA-pelumba cilik menunjukkan kemahiran mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dalam kejohanan siri MiniGP Malaysia di Litar Unimap, Arau, Perlis semalam.


ARAU: Seramai 15 pelumba cilik yang menyertai kejohanan siri MiniGP Malaysia melibatkan lima pusingan merebut dua tempat terbaik bagi mewakili negara ke kejohanan dunia di Valencia, Sepanyol, November depan.

Pengurus kejohanan siri MiniGP Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berkata, peluang masih terbuka luas kepada semua peserta kerana masih terdapat tiga lagi pusingan kejohanan itu.

Katanya, setakat ini, dua pusingan sudah berlangsung dengan terbaharu di litar perlumbaan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini semalam.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku sepanjang tiga pusingan lagi dan saya harap semua peserta dapat memperbaiki kelemahan selepas selesai dua pusingan yang telah berlangsung ini.

“Selepas ini, setiap pelumba cilik akan kembali meneruskan latihan masing-masing dan kita harapkan akan ada peningkatan dalam pusingan ketiga yang mengikut perancangan akan diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Julai ini,” katanya ketika ditemui selepas kejohanan tersebut di sini semalam.

Setelah menamatkan pusingan kedua kejohanan siri MiniGP Malaysia di litar perlumbaan Unimap semalam, Qabil Irfan Azlan terus unggul dengan kekal menduduki tangga teratas apabila mengumpul 86 mata.


QABIL Irfan Azlan (tengah) memenangi perlumbaan kedua pada pusingan kedua Kejohanan Siri MiniGP Malaysia di Litar Unimap, Arau, Perlis, semalam.- UTUSAN

Pelumba berusia 10 tahun itu diikuti rapat oleh Adi Putra,13, dengan 78 mata manakala Akif Abdullah,13, yang berada tempat ketiga pula mengutip 66 mata.

Pelumba dari Terengganu itu mempamerkan skil tunggangan mantap dan berjaya mengemudi jentera 160cc itu dengan baik bagi membolehkannya menjadi juara perlumbaan kedua.

Pada perlumbaan pertama, Qabil Irfan terbabas di pertengahan perlumbaan tersebut, bagaimanapun tetap berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Terdahulu, dalam pusingan pertama yang diadakan di Litar Go-kart Antarabangsa Sepang sebelum ini, Qabil Irfan turut cemerlang mengungguli kedua-dua perlumbaan bagi mengutip 50 mata.

Sementara itu, bagi Kejohanan SIC Ohvale Junior 2022 110cc pula, Airel Marzuki, 10, dari Terengganu konsisten memenangi kedua-dua perlumbaan sekali gus menduduki tempat pertama dengan 50 mata.

Dua pelumba dari Kuala Lumpur, Qayim Razin dan Aqil Ramadhan masing-masing berusia 10 tahun berada di tangga kedua dan ketiga dengan mengutip 69 dan 63 mata setelah selesai pusingan kedua.

Perlumbaan kategori sokongan ini turut diserikan dengan satu-satunya pelumba cilik perempuan, Nur Fatihah Balqis, 11, yang menduduki tangga kelapan dengan mengutip 27 mata.

Majlis penyampaian trofi kepada para pemenang kejohanan itu disempurnakan oleh anakanda bongsu Raja Muda Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan berangkat sama, puteri kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
https://www.utusan.com.my/terkin ... tempat-ke-valencia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065308 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list