View: 724|Reply: 0
|
Fadhil menang perak Kejohanan Basikal Asia di India
[Copy link]
|
|
Muhammad Fadhil Zonis. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara, Muhammad Fadhil Zonis memenangi pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India, sebentar tadi.
Pada aksi di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi itu, Fadhil mencatatkan masa 1 minit 1.639 saat (s) ketinggalan di belakang pelumba Jepun, Yuta Obara yang meraih emas dengan catatan 1:01.118s.
Gangsa menjadi milik wakil tuan rumah, Ronaldo Singh Laitonjam dengan 1:01.798s.
Keputusan kali ini menyaksikan Fadhil menyamai pencapaian diraihnya pada ACC 2020 di Korea Selatan.
Disyorkan Untuk Anda
Malaysia tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia
Tonik Shah Firdaus
SP Setia teroka bidang penjagaan kesihatan
Warga emas jatuh bangunan ketika dapatkan rawatan
Sementara itu dalam saingan pecut individu wanita, Anis Amira Rosidi dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, terkandas di peringkat suku akhir.
Kedua-dua mereka tumpas kepada wakil Korea Selatan, Cho Sunyoung dan Park Ji Hae.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sikal-asia-di-india |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|