CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1738|Reply: 4

Search Dituntut Bayar Pampasan RM500 Ribu Dengan Segera

  [Copy link]
Post time 20-6-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Syarikat Afjets Sdn. Bhd. (Afjets) meminta kumpulan rock terkenal tanah air, Search melangsaikan segera tuntutan ganti rugi khas berjumlah hampir RM500,000 susulan kes mahkamah kerana melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka pada 2017.


Afjets sepatutnya menaja dan menganjurkan Konsert Search 35 Tahun yang dirancang diadakan pada 2016, namun dibatalkan oleh anggota kumpulan rock itu.


Susulan pembatalan konsert tersebut, Afjets kemudian mengambil tindakan mahkamah terhadap Search dan pada 18 Ogos 2017, tiga anggota kumpulan itu iaitu Nasir Daud, Noordin Mohd. Taib (Din) dan Hamzah Mohd. Taib (kid) diarahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membayar ganti rugi khas.




Foto: Kosmo




Afjets juga diputuskan berhak menerima ganti rugi am yang belum ditafsirkan, dijangka tidak kurang daripada RM1 juta.


Bagaimanapun atas nasihat peguam, Afjets tidak mengemukakan tindakan terhadap penyanyi asal Search iaitu Suhaimi Abd. Rahman atau Amy pada masa itu kerana beliau telah muflis.


Afjets juga difahamkan ketika ini, pemain bass kumpulan itu iaitu Nasir turut muflis.


Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penganjuran dua konsert berasingan iaitu Search Endemik dan Rockin’ On The Rooftop baru-baru ini yang dijayakan oleh anggota dan bekas anggota kumpulan itu yang kini bergerak secara berasingan. ‘


Malah pihak Afjets turut mengambil perhatian tentang pengumuman pengurusan Search yang dianggotai Din dan Kid mengenai siri konsert jelajah Malaysia, Singapura dan Indonesia yang dijadual berlangsung antara Ogos depan hingga Mac 2023.


Pihaknya terkejut dan memandang serius pengumuman tersebut kerana sehingga kini, selepas hampir lima tahun, mereka masih lagi menunggu maklum balas daripada Search mengenai keputusan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Justeru, Afjets akan mengambil langkah wajar dalam masa terdekat untuk melaksanakan keputusan mahkamah bagi mendapatkan pampasan sebanyak hampir setengah juta dan ganti rugi am yang belum ditaksir.


Hal ini, Afjets sudah memberi tempoh yang lama untuk Search mengatur semula kedudukan kewangan mereka dan beranggapan penganjuran dua konsert berasingan baru-baru ini serta pengumuman jelajah membayangkan kumpulan itu sudah kembali ke landasan sekali gus boleh melunaskan segala komitmen kewangan yang tertunggak.


Afjets juga sudah mengarahkan peguamnya untuk melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos 2017 termasuk berhubung dengan pihak pengurusan Search sekarang. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 03:53 PM | Show all posts
think they do not have the means to pay..not even for a fraction of it..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 03:53 PM | Show all posts
think they do not have the means to pay..not even for a fraction of it..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 04:08 PM | Show all posts
Breach of contract memang banyak pampasan kena tanggung.. Bila diistiharkan muflis memang tak boleh buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tukang mintak hutang tengok 2 konsert search sukses, dan dan lah viral kan kes hutang. Strike while the iron is s hot giteww bak kata orang kampung aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.251927 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list