View: 762|Reply: 0
|
Izzah kini ratu pecut berbasikal negara
[Copy link]
|
|
IZZAH merangkul emas pertama negara dalam acara pecut wanita di ACC. -FOTO Ihsan Facebook John Beasley
Kuala Lumpur: Pelumba trek wanita negara yang sedang meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengakui tidak jangka dapat meraih emas 500 meter (m) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi semalam.
Menurut pelumba kelahiran Kedah itu pada mulanya memang dia tidak menjangka dapat mencipta sejarah meraih emas sulung dalam acara berkenaan selepas menamatkan kayuhan di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi.
"Selepas saya melihat catatan masa pelumba lain, barulah saya tahu di mana kemampuan saya. Alhamdulillah sebenarnya saya boleh buat yang terbaik dan meraih emas," katanya.
Kejayaan pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan penantian negara dalam acara 500m ujian masa di ACC dengan pencapaian terbaik hanya meraih perak melalui Fatehah Mustapa pada 2008 dan 2015.
"Saya berpuas hati dengan kejayaan ini namun masih banyak perlu diperbaiki supaya saya mampu memberi kayuhan lebih pantas. Apa pun saya berterima kasih dan berasa bangga kerana menjadi pelumba pertama meraih emas acara ini di ACC.
"Saya juga sedikit terkejut dan tidak percaya dengan kejayaan yang diraih di sini," kata Izzah yang turut beraksi dalam acara pecut (hari ini), pecut berpasukan (bersama Anis Amira Rosidi) dan keirin.
Semalam Izzah beraksi cemerlang dengan berjaya mencatat masa 35.499 saat (s) dan mencapai kelajuan tertinggi 50.705 kilometer sejam untuk mengetepikan Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua (36.374s).
Tempat ketiga dalam acara berkenaan diraih wakil tuan rumah Mayuri Dhanaraj dengan melakukan catatan masa 36.481s), sekali gus menamatkan penantian pingat India untuk acara 500m ujian masa wanita.
Bulan lalu Izzah melakar kejutan apabila menumpaskan Anis Amira untuk meraih emas dalam acara pecut di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan yang berlangsung di Velodrom Nasional Nilai.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-berbasikal-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|