Kematian selebriti Adibah Noor akibat kanser ovari tahap empat sungguh dirasai baik di kalangan peminat mahupun rakan artis.
Dalam pada orang ramai masih bersedih, muncul pula beberapa komen di laman sosial mempersoalkan mengenai auratnya ketika masih hidup.
Kredit foto: Twitter/Cringe Malaysian
Lebih meruntun jiwa apabila ada komen 'mulut jahat' menggunakan bahasa kasar menghina dan menyindir Allahyarham tidak menutup aurat hingga ke akhir hayat.
Kredit foto: Twitter/FB
Gambar komen ditinggalkan di hantaran Facebook Harian Metro itu tersebar meluas dikongsi orang ramai termasuk peguam dan aktivis Siti Kassim.
"Mamat yang buat komen ni memang hati bangkai," ciap Siti Kasim.
Kredit foto: Twitter
Melihat komen-komen di Twitter, ada beberapa netizen mendakwa lelaki menggunakan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan seorang yang berjiwa songsang.
Diri sendiri tidak semenggah, ada hati nak mengata orang. - CARI |