CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 704|Reply: 0

Charles Leclerc dikenakan penalti 10 petak di GP Kanada

[Copy link]
Post time 19-6-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

LECLERC dikenakan penalti 10 petak ke belakang selepas jenteranya terpaksa melakukan perubahan komponen elektronik. – AFP



LONDON – Pasukan Ferrari terpaksa melakukan pertukaran komponen enjin jenteranya menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada selepas pasukan Itali itu berdepan nasib malang apabila kedua-dua pelumba ter­singkir ketika bersaing di GP Azerbaijan minggu lalu.

Pelumba harapannya, Charles Leclerc bakal dikenakan penalti 10 petak ke belakang selepas Ferrari melakukan perubahan besar terutama pertukaran alatan kawalan elektronik (CE) buat kali ketiga ketika ia hanya dibenarkan untuk dua kali sahaja musim ini.

Kegagalan Leclerc mengutip sebarang mata menyebabkan pelumba Monaco itu ketinggalan 34 mata di belakang pelumba Red Bull, Max Verstappen yang terus melakar kemenangan keempatnya musim ini.

“Jelas sekali, kami tidak berada dalam situasi terbaik. Untuk penukaran unit kuasa saya rasa masih dalam perbincangan. Buat masa ini, tiada keputusan diambil. Tetapi, ia bukan keadaan yang terbaik untuk saya.

“Terpulang kepada pasukan untuk membuat keputusan terbaik terutama untuk menerimahukuman penalti tersebut sama ada menjelang perlumbaan di GP Kanada atau perlumbaan sete­rusnya,” kata Leclerc.

Ferrari turut mengesahkan bahawa beberapa komponen enjin Leclerc di Azerbaijan rosak dan tidak dapat diperbaiki.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) turut mengesahkan bahawa Ferrari telah me­lakukan pertukaran CE buat kali ketiga iaitu melebihi daripada yang dibenarkan untuk musim ini menyebabkan mereka dikenakan penalti tersebut. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... petak-di-gp-kanada/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056133 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list