View: 731|Reply: 4
|
Pemilik Stesen Minyak Pun Protes Harga, Pasang Papan Tanda 'We Hate Our Gas Price Too'
[Copy link]
|
|
Satu papan tanda dipasang di sebuah stesen minyak Minneapolis di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini bagi menyatakan simpati terhadap para pengguna di negara tersebut berikutan harga petrol yang melonjak sejak akhir-akhir ini.
Papan tanda itu tertera ayat dalam bahasa Inggeris iaitu: 'We hate our gas price too.'
Ayat itu dalam bahasa Malaysia membawa maksud: "Kami juga benci harga minyak kami."
 Foto: WCCO-TV
Di AS, gas merujuk kepada minyak.
Papan tanda itu dipacak di Pusat Servis Murphy di St. Anthony, Minneapolis.
"Kami membuat keuntungan yang sama dengan satu gelen (3.78 liter) minyak," jelas Chuck Graff iaitu pemilik stesen minyak itu kepada stesen televisyen WCCO-4.
"Ini hanyalah cara kami memberitahu pelanggan bahawa kami merasakan 'kesakitan' mereka," kata Graff.
Penduduk Minnesota membayar harga minyak secara purata sebanyak AS$4.77 (RM21.08) segelen untuk hari Ahad, menurut Persatuan Automobil Amerika (AAA).
Setahun yang lalu, satu gelen petrol berharga kurang daripada AS$2.90 (RM12.81) di negeri ini.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
still murah compare to malaysia la..
malaysia jual per liter..
sana jual pergallon..
tapi bebal tak habis-habis nak convert to rm dulu nak tunjukkan betapa mahalnya sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mahu terus jadi mangsa dipersalahkan ler tu stress jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Cer buat papan tanda ni kat Msia. |
|
|
|
|
|
|
|
High on diesel and gasoline
Psycho on drum machine.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|