CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 4

[Politik] ‘Malaysia masih berhutang RM13.3 bilion yang dimeterai Najib’

[Copy link]
Post time 15-6-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode
‘Malaysia masih berhutang RM13.3 bilion yang dimeterai Najib’
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan:  Jun 15, 2022 1:59 PM



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Malaysia masih berhutang AS$3 bilion atau RM13.3 bilion hasil usaha sama (JV) antara 1MDB dan Aabar Investments.

Bekas pegawai kementerian kewangan, Siti Zauyah Md Desa, yang pernah berkhidmat di bahagian pengurusan pinjaman kementerian itu, berkata 1MDB tidak pernah melaporkan kepada bahagiannya berhubung usah sama berkenaan. (1MDB dimiliki sepenuhnya oleh MoF Inc).

Semasa perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak, saksi pendakwaan ke-23 itu mendakwa bahawa firma pelaburan negara tersebut cenderung berurusan secara langsung dengan tertuduh dan bukannya melalui bahagiannya.

Siti Zauyah memaklumkan bahawa Najib menandatangani surat sokongan (LOS) bagi menyokong usaha sama antara 1MDB dan Aabar Investments PJS, yang adalah anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Saya mengesahkan bahawa status pinjaman AS$3 bilion yang dirujuk dalam kenyataan saksi, bahawa 1MDB sebagai peminjam AS$3 bilion, telah gagal membayar balik pinjaman itu mengikut terma yang ditetapkan.

“Perkara ini menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa membayar balik hutang 1MDB berdasarkan LOS yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh menteri kewangan Najib Razak pada 2013.

“Selepas surat sokongan kepada 1MDB dikeluarkan pada 2013, menteri kewangan itu tidak lagi mengeluarkan sebarang jaminan kepada 1MDB,” kata Siti Zaudah hari ini.

Dia memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa sekiranya 1MDB gagal membayar balik hutangnya, bank pemberi pinjaman akan “mengejar” kerajaan Malaysia kerana LOS ditandatangani oleh Najib.

Pinjaman itu didakwa dikumpul melalui terbitan bon 1MDB oleh Bank of New York Mellon Group. Bon tersebut matang tahun depan.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa akibat daripada jejak aliran kewangan yang diselewengkan itu, sejumlah AS$681 juta (RM2,081,476,926 mengikut kadar pertukaran asing ketika itu) masuk ke akaun Najib pada awal 2013.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2022 07:16 PM | Show all posts
lelong jah org tua bangsat nih dgn penjilat2 dia sekali
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti sy jawab dkt facebook
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:24 AM | Show all posts
Perkara ini menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa membayar balik hutang 1MDB berdasarkan LOS yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh menteri kewangan Najib Razak pada 2013.

tak bolehkah kita anggap bahawa syarikat 1mdb adalah syarikat kerajaan yang rugi maka kerajaan perlu tanggunglah segala kerugian 1mdb.


najib dan 1mdb tidak bersalah.. sebab 1mdb bagi duit kat akaun najib sebab diberi oleh ketua dia.


Kalau kena persoal pun sepatutnya ketua 1mdb, bukan najib sebab najib innocent, ramai penyokong, selalu buat lawak di fb, sebab najib telah bawa keuntungan kepada negara ini, ada pengaruh besar, banyak projek yang telah dia buat, pendek kata najib tak bersalah kerana dia telah berjasa kepada negara dan rakyat negara ini dan seorang perdana menteri yang berkebolehan dan disayangi ramai


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:57 AM | Show all posts
Acik2 felda pprt kg.com penyokong dia tu mesti ingat 13billion tu banyak sikit je drpd 13juta...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052506 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list