CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 658|Reply: 0

Kita tidak ketandusan pelumba berwibawa - Ahmad Faizal

[Copy link]
Post time 15-6-2022 10:49 AM | Show all posts |Read mode

DAMOK menaiki podium dalam dua perlumbaan di Litar Catalunya, minggu lalu.

Sepang: Malaysia tidak pernah ketandusan bakat pelumba dalam sukan permotoran terutama dua roda yang mampu mencipta nama di pentas antarabangsa.

Ini berdasarkan kepada beberapa pelumba yang pernah mencipta fenomena di negara ini seperti Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, Wazi Abdul Hamid dan Hafizh Syahrin Abdullah apabila mereka sudah membuktikan kemampuan di pentas Asia mahupun dunia.

Malah, ketika ini pembikinan bakat baharu seperti Syarifuddin Azman, Danial Syahmi Ahmad Shahril, Hakim Danish Ramli termasuk jaguh cilik tetap giat berjalan.

Bagaimanapun, sukan permotoran memerlukan perbelanjaan besar dan andai tidak disokong dan dibantu, ke mana hala tuju kelompok bakat itu walaupun perancangan sudah dilakukan sebaiknya sehingga ke persada Kejuaraan Motosikal Dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau melihat Malaysia sejak dulu lagi mempunyai potensi bakat sukan permotoran yang amat tinggi, namun kejayaan industri ini perlu didokong dan dibantu pihak swasta dan korporat.

"Sejak dulu lagi, kita ada Alex Yoong (empat roda) yang bermula daripada usia begitu muda, dalam rali kita ada Karamjit Singh. Ini bermaksud rakyat Malaysia berbakat dalam sukan permotoran ini cukup ramai.

"Sekiranya dalam dua roda, kita ada Wazi... jadi apa yang kita perlu sekarang ini adalah lebih banyak pendedahan dan pembabitan daripada pihak swasta mahupun korporat yang menyumbang atau menaja pelumba kita ini.

"Bakat kita tak kurang, tetapi kerana sukan ini memerlukan belanja agak besar, jadi saya kira, jika kita dapat lebih banyak penaja masuk menaja pelumba kita, orang Malaysia boleh pergi jauh dalam dunia permotoran," kata Ahmad Faizal ketika ditemui media selepas Majlis Pecah Tanah Pusat Pengalaman Pemanduan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Minggu lalu, pelumba negara sedang meningkat naik, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok, berjaya meraih dua penamat di podium pada Perlumbaan 1 dan 2 Kejuaraan Dunia JuniorGP 2022 berlangsung Litar Catalunya.

Kejayaan pelumba SIC Racing yang pernah memenangi Perlumbaan 1 Pusingan 2 musim 2021 di litar sama itu, meletakkan dirinya kini berada di tangga ketiga keseluruhan kelas JuniorGP dengan 62 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... wibawa-ahmad-faizal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.087079 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list