CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 675|Reply: 0

F1 dijangka kembali ke Afrika Selatan

[Copy link]
Post time 14-6-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode

SIRKIT Kyalami pernah anjurkan F1 sekitar tahun 1967 dan 1985. -FOTO Agensi

Paris: Saingan Formula Satu (F1) boleh kembali ke Afrika Selatan musim depan selepas lebih 30 tahun tidak beraksi di sana, kata sumber F1 semalam.

Ketua eksekutif F1, Stefano Domenicali ketika ini mengadakan sesi lawatan ke negara itu dan sirkit Kyalami yang terletak di utara Johannesburg, minggu ini.

Sikit berkenaan menganjurkan perlumbaan antara 1967 dan 1985 sebelum hilang daripada kalendar kerana rejim apartheid.

Sumber itu berkata, belum ada sebarang persetujuan dicapai atau pengesahan bahawa perlumbaan akan di adakan di Rainbow Nation itu.

Awal musim ini F1 mengumumkan Grand Prix akan diadakan di Las Vegas tahun depan manakala perlumbaan di Perancis dan Belgium masih belum disahkan.

Penganjur merancang untuk mencatatkan rekod 24 perlumbaan tahun depan tetapi ia termasuk perlumbaan di China yang mana pandemik Covid-19 menyebabkan perlumbaan di Shanghai dibatalkan sejak 2020.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-ke-afrika-selatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062888 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list