CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2890|Reply: 2

Perkahwinan lebih 50 tahun layak terima ganjaran RM4,000

  [Copy link]
Post time 14-6-2022 10:01 AM | Show all posts |Read mode

Ordinan itu diluluskan bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian sesebuah ikrar perkahwinan. – Unsplash

Perkahwinan lebih 50 tahun layak terima ganjaran RM4,000

MANILA – Sebuah bandar di wilayah Mindanao, Filipina, meluluskan ordinan tempatan yang memberi ganjaran wang tunai berjumlah 50,000 peso (RM4,146) kepada pasangan yang berkahwin melebihi tempoh 50 tahun, lapor portal berita Coconuts.

Majlis Perbandaran Malaybalay  meluluskan Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian ikrar perkahwinan.

“Ordinan ini merupakan pengiktirafan terhadap (pasangan berkahwin) bagi sumbangan mereka kepada masyarakat. Keluarga yang teguh berdiri merupakan asas bagi masyarakat kita,” kata Ahli Majlis Perbandaran, Niko Aldeguer di akaun  Facebook miliknya.

Di bawah ordinan tersebut, hanya pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang menetap di bandar Malaybalay selama sekurang-kurangnya enam tahun layak untuk menerima insentif wang tunai itu.

Bagi perkahwinan poligami pula, hanya perkahwinan pertama yang berdaftar layak untuk menerima sumbangan itu. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ma-ganjaran-rm4000/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 02:52 PM | Show all posts
ajib malu ape bossku senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk dibuat di malaysi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055061 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list