View: 1863|Reply: 19
|
[Dunia]
2 Buah Sekolah Tempatan Tersenarai 10 Terbaik Dunia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang, tercalon bagi kategori 'Inovasi' manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori 'Menangani Cabaran'.
T4 Education dalam kenyataan hari ini, berkata anugerah dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai AS$250,000.
Katanya, tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat.
Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia pada 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima AS$50,000.
Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota berkata, sekolah disenarai pendek itu dipilih menerusi penceritaan kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti dan menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.
"Saya mengucapkan tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.
"Kini, pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah Malaysia yang cemerlang ini," katanya. – BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terbaca psl ni kt ig Dr SMS..bgs betul sek kg jawa ni..tgh skodeng Dr SMS smlm ingatkn nk tgk adakah anak2 dia mai birthday party ank keknis kekrol..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah tahniah 2-2 skolah... |
|
|
|
|
|
|
|
Good job
Congratulations
Cerita lh sikit
Ape pengisian dan aktiviti yg dorg buat utk penuhi syarat penganjur |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 12-6-2022 07:53 AM
Good job
Congratulations
Tu la nk tahu gak ...hebatnya 2 sekolah, even bukan sbp mrsm tp boleh tersenarai..maknanya bukan akademi semata2 la dorg tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
wah sekolah kg jawa
tahniahhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
wahh tahniah.
smk kg jawa tu sekolah harian dalam bandar klang. pencalonan kategori menangani cabaran. mesti peratusan kemenjadian murid sekolah ni sgt baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat kedua2 sekolah. Siapa kata sekolah harian tak cukup bagus seperti sekolah berasrama penuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, sekolah harian pn boleh berjaya kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus moto sekolah kat atas tu, “towards excellent generation”.
Tahniah utk pengetua & guru2 dua2 sekolah. Bukan senang nak didik generasi skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sekolah terbaik sebab akademik. Sebab overcoming adversity time pandemik. Apalah semua dok compare dengan mrsm pulak. Tahapa2 |
|
|
|
|
|
|
|
penceritaan kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti dan menjadi sekolah contoh kepada orang ramai
Tahniah SMK Kg Jawa & SK Kempadang. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks for saying that.
Nak puji, puji ja lah. Start banding2 kang harap bersedialah untuk berhujah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus sekolah biasa, sekolah asrama ramai pembuli kah |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 12-6-2022 03:19 AM
Bukan sekolah terbaik sebab akademik. Sebab overcoming adversity time pandemik. Apalah semua dok com ...
Yang SK tercalon kerana inovasi. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 12-6-2022 07:35 AM
Bagus sekolah biasa, sekolah asrama ramai pembuli kah
Ini bukan sekolah biasa. Ini sekolah di bawah Program Sekolah Amanah. Boleh google untuk tahu pebende tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|